GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

15 Panduan Pilih Power Bank

15 Panduan Pilih Powerbank 

The best powerbank
Sumber: Google images

1.     Jenama

Secara kasarnya, pilihlah jenama Power Bank yang sudah dikenali di seluruh dunia. Ini kerana, di pasaran Malaysia khususnya sudah muncul banyak jenama-jenama yang agak meragukan. Seboleh-bolehnya, pilih jenama yang memiliki pensijilan UL untuk lebih kepastian dan keselamatan.

10 Jenama Power Bank Popular


  1. Pineng
  2. Yoobao
  3. Macsonic
  4. Sanyo Eneloop
  5. Vivis
  6. Anker
  7. Samsung
  8. MiLi
  9. Mipow
  10. Sony


2.     Syarikat pengeluar

Rujuk terlebih dahulu berkaitan syarikat pengeluar atau kilang yang menghasilkan Power Bank yang bakal anda pilih. Sama ada benar syarikat tersebut memiliki kepakaran dan industri bateri atau tidak. Ini untuk mengelakkan anda terbeli Power Bank daripada syarikat yang tidak sahih kewujudannya.

3.     Kualiti

Kualiti bukan lah penentu kepada prestasi Power Bank itu sendiri, tetapi ia akan memberi kesan kepada kepantasan ketepatan memenuhkan bekalan kuasa. Selain itu, jika kualiti Power Bank itu sendiri sedia maklum di tahap sederhana, ia akan merosakkan kapasiti bateri pada peranti mudah alih anda.

4.     Jaminan

Untuk keselamatan, cuba pilih Power Bank yang memiliki jaminan sekurang-kurangnya setahun. Jaminan tersebut juga perlu diteliti berkaitan terma dan syarat. Dengan itu, semasa pembelian semak di manakah boleh anda menghantar Power Bank dengan jaminan jika ada sebarang masalah timbul.  

5.     Ciri tambahan

Sesetengah Power Bank di pasarkan dengan ciri-ciri tambahan. Ini akan memberikan nilai tambah kepada Power Bank tersebut.  Ciri-ciri tambahan seperti port tambahan dan sebagainya ini perlu juga diambil kira selagi mana tidak menjejaskan fungsi utama Power Bank tersebut.

6.     Kapasiti

Strategi perniagaan Power Bank di pasaran ialah mengumpan pengguna dengan kapasiti yang besar tetapi dijual pada harga yang murah. Apa yang penting, pilih kapasiti Power Bank mengikut keperluan, dan bukan keinginan. Ini membantu untuk mengawal rasa ingin membeli dengan cepat.

7.     Model

Model Power Bank ialah persoalan terbesar yang akan bermain di fikiran setiap bakal pengguna. Dengan lambakan model-model Power Bank di pasaran, pilih mengikut kesukaan anda termasuklah daripada segi saiz, fizikal, binaan, warna dan sebagainya setelah mengambil kira informasi di atas.

8.     Bateri

Teliti berkenaan bateri pada Power Bank anda di nota pemberitahuan dalam kotak. Cuba dapatkan kepastian daripada pengedar bahawa bateri tersebut adalah tulen dan bukan bateri yang diguna semula. Rujuk kepada pelekat-pelekat pemberitahuan berkenaan ketulenan bateri pada Power Bank tersebut.

9.     Ciri keselamatan

Jika boleh, pilih Power Bank yang memiliki ciri-ciri keselamatan khusus yang mampu melindung peranti mudah alih dan anda sendiri. Usah segan bertanya kepada penjual, adakah Power Bank ini memiliki ciri keselamatan seperti perlindungan short circuit, pengecasan berlebihan atau suhu.

10. Indikator

Sesetengah Power Bank menawarkan isyarat indikator yang berbeza-beza bagi sesetengah fungsinya. Ini sangat penting untuk mengetahui maklumat pada Power Bank anda seperti kadar pengecasan, aktiviti sekarang dan sebagainya. Dengan isyarat ini, pengguna dapat lebih peka berkaitan masa pengecasan.

11. Output

Perhatian voltan pada port output Power Bank yang sedang anda pantau. Contohnya seperti 5V/1A atau 5V/1.5A dan sebagainya. Ini kerana output ini memiliki pengaruh pada proses kepantasan pengecasan dan juga pengeluaran kuasa secara maksimum.

12. Plug

Pilih Power Bank yang tidak terlalu khusus untuk satu jenis peranti sahaja. Sesetengah Power Bank menawarkan plug kuasa yang bervariasi bagi melengkapkan koleksi setiap jenis peranti. Untuk itu, anda boleh tetap gunakannya walaupun menukar peranti mudah alih. 

13. Kabel original

Untuk penggunaan yang lebih baik dengan ciri terbaik, Power Bank tersebut perlulah memiliki sokongan untuk kabel data original peranti (telefon pintar atau tablet) anda. Ini kerana, kabel data pengecas original peranti anda akan mengalirkan kuasa daripada Power Bank dengan lebih stabil. 

14. Harga

Tinjau harga Power Bank dengan kapasiti yang tertentu terlebih dahulu sebelum mula memantau pada pengedar atau penjual-penjual. Pastikan anda telah memiliki senarai secara kasar harga yang sepadan dengan kapasiti Power Bank. Untuk itu, anda masih boleh menilai ada ia berbaloi dengan apa yang anda mahukan.

15. Set Lengkap

Seperti ketika membeli peranti mudah alih lain seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya, anda perlu lebih prihatin berkenaan set yang ditawarkan secara percuma oleh pengedar Power Bank tersebut. Contohnya set lengkap untuk Power Bank merangkumi A/C adapter, penyambung kabel, lampu indikator dan lain-lain untuk menyokong prestasi Power Bank tersebut.

Sumber: Majalah PC

Sebelum membeli cuba, dapatkan review dari orang yang pernah guna... setiap teknologi ni, ada lebih dan kurang, cuma bagaimana cara kita guna tu buat power bank tu tahan lama.

Antara powerbank yang dah lebih 5 Tahun MF guna ialah jenama Pineng. Pernah beli jenama lain.. Hmm.. Mengecewakan dan buang duit sungguh. So, lepas ni.. Memang beli jenama Pineng je la.. Sebab tu jenama ni tak banyak turun harga.. Masih mahal sebab kualitinya. Dan pastikan beli yang original untuk keselamatan dan kualiti. 

20Ulasan

  1. Balasan
    1. Bagus entri ni. Tengah sibuk nak cari power bank baru gak nih...

      Padam
  2. Saya ni main beli je.
    Taktau brand mana best or tak best.
    Malas nak browse. Swb baik kawan cakap Pineng bagus.

    BalasPadam
  3. salam , anda telah mendapat Liebster Award daripada saya..

    >> http://www.feetrimahadzir.com/2014/09/the-liebster-award-by-dianeeya.html

    BalasPadam
  4. saya prefer yg jenama Pineng tu sis..
    TQ sharing info :)

    BalasPadam
  5. Ramai yg dah guna pineng ..ckp pineng yg terbaik...apapon kak lya lum bli lg hehehe

    BalasPadam
  6. shia beli pineng maria tp tang harga tu..xsabar2 tbeli yg lebih mahal huhuh :) tp redha jela..

    BalasPadam
  7. pineng ni mmg brand tu high quality lah ... harga pun quite reasonable.

    BalasPadam
  8. terima kasih sharing kak.. sy dulu penah beli powerbank tp x tahan huhu.. lepas nie kena pilih betul2 lah kan..

    BalasPadam
  9. Tak sangka banyak tips panduan nak pilih power bank. Sebelum ni tau beli aja. Haha

    BalasPadam
  10. baru-baru lepas beli Power bank semasa 11.11.

    jarang terjebak tetapi sale juga...terjebak juga

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ