GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara sekat Mobile WiFi Hotspot dari kena curi!

Cara sekat WiFi Hotspot dari kena curi! | Sejak aktif internet kami hanya guna WiFi Hotspot dari smartphone saja. 

Dari dulu  MF memang selalu guna WIFI Hotspot, sebab jimatkan.. guna internet mobile, lepas tu terus je guna yang tu untuk mobile dan laptop di rumah.. Tak payah bayar banyak-banyak bil... 

Tapi, pernah terjadi dulu dan terperasan, dulu data 3GB yang kami langgan untuk sebulan cepat je habis, padahal kami jarang bukan youtube atau download apa-apa aplikasi, video atau lagu... 

Rasanya, pasti ada pencuri Wifi nih... biasalah dok rumah flat dan rumah dekat-dekat nih.. memang bahaya... 

Tak boleh jadi, nak tak nak kena cari cara sekat Mobile WiFi Hotspot dari kena curi! Penat je bayar bil tapi orang lain habiskan nanti kan.

Cara sekat  Mobile WiFi Hotspot dari kena curi!
Cara sekat  Mobile WiFi Hotspot dari kena curi!

1. Matikan penyesuai WiFi anda

Apabila anda tidak berada di rumah atau di tempat kerja, adalah tindakan bijak untuk mematikan sambungan WiFi. Jika tidak, komputer anda mungkin menyambung ke Hotspot berniat jahat secara automatik tanpa anda sedari.  
     

2. Pastikan firewall aktif

Firewall membantu melindungi PC dengan menghalang pengguna lain mengakses komputer anda menerusi rangkaian WiFi. Ia bertindak menghalang maklumat atau membenarkan ia melaluinya.

3. Gunakan Virtual Private Network (VPN)

Apabila memilih untuk menggunakan sambungan WiFi, pastikan ia dilengkapi dengan bentuk kunci keselamatan. Maklumat yang dihantar melalui rangkaian ini lebih sulit dan salah satu alternatifnya menggunakan VPN.

*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Share Center - Set up a new connection or network. Pilih Connect to a Workplace – Next - Use my internet connection (VPN). Taip alamat IP dan nama sambungan pada bahagian Destination.
Masukkan nama pengguna serta kata unik sebelum klik Connect.

4. Sulitkan data

Anda boleh melindungi fail dengan menjadikannya sulit. Membuka dan mengubah suainya memerlukan kata laluan.

Laksanakan prosedur hanya ke atas satu fail pada satu masa. Pertimbangkan untuk lindungi fail yang hanya digunakan semasa bekerja di tempat awam.

5. Gunakan HTTPS dan SSL

Kini, banyak laman web menggunakan HTTPS dan SSL untuk menyedia sambungan selamat. Ia protokol perhubungan komunikasi sulit.

Akses laman web atau e-mel dengan dimulai https://.

Kalau guna Firefox browser, sesetengah laman web yang tiada dan tidak dimulakan dengan https:// akan disekat.

Blog ni pun MF dah set https://.

6. Melumpuhkan perkongsian fail dan pencetak

Perkongsian fail dan pencetak ialah ciri yang membolehkan komputer lain dalam rangkaian mengakses sumber pada komputer anda. Apabila anda menggunakan PC mudah alih anda di tempat Hotspot, lumpuhkan fail dan pencetak daripada perkongsian dan serangan penggodam.

*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Sharing Center - Homegroup and sharing options - Change advanced sharing settings - File and printer sharing - Turn off file and printer sharing - Save changes.

 7. Pemantauan pintu akses

Jika terdapat kemudahan WiFi, anda pasti terdorong melakukan sambungan. Ia akan menyambung ke pusat akses dan menghubungkan anda ke sistem berwayar utama untuk Internet. Untuk memastikan sambungan betul, konfigurasi PC anda untuk membolehkan anda meluluskan pusat akses sebelum menyambung.

8. Privasi folder anda

Apabila folder pada PC mudah alih anda diprivasi, ia adalah lebih sukar bagi penggodam untuk mengakses fail anda.

*Pengguna Windows 7 - Start - Control Panel - Dalam kotak carian, taip Network - Network and Sharing Center - Change advanced sharing settings - Klik pada V untuk memperluaskan profil rangkaian semasa anda. Di bawah Public folder sharing - Turn off Public folder sharing (people logged on to this computer can still access these folders) - Save changes.

9. OS dan aplikasi ‘up to date’.

Hampir setiap minggu ada kemas kini keselamatan terbaru diumumkan dan tidak terhad di bahagian sistem OS Windows atau pun program Office sahaja. Kebanyakan virus dan worm berniat jahat telah merebak dan tersebar melalui e-mel, jadi berhati-hati terutamanya ketika membuka lampiran.

10. Gunakan Antivirus

Seharusnya tidak perlu diberitahu lagi, cuma mengingatkan. Pastikan peranti akses WiFi anda dipasang perisian antivirus. Ini untuk kawalan malware dan memastikan anda terlindung dari bahaya lain apabila mengakses WiFi secara terbuka.
Sumber: Majalah PC

Sekarang ni, masih pakai Hotspot... Alhamdulillah, tiada kejadian kecurian WiFi lagi, sebab rumah taman ni kebanyakan guna WiFi sendiri.

Itulah MF kongsikan cara sekat Mobile WiFi Hotspot dari kena curi. Paling mudah nak faham dan setting, guna password yang susah orang nak jejak...

Dan kesimpulan dari cara sekat Mobile WiFi Hotspot dari kena curi diatas, ialah setting pada komputer atau laptop sebab biasanya penggodam curi WiFi dan hack melalui IP Address dan sistem komputer yang tidak mementingkan ciri keselamatan.

Hal ni penting sebab zaman sekarang scammer banyak... dan kes kecurian duit melalui online banking pun banyak... Jadi, aktifkan firewall dan setting VPN sebagai satu cara mudah untuk sekat  Mobile WiFi Hotspot dari kena curi!

Semoga bermanfaat. 

9Ulasan

  1. umah sy pakai unifi, memang akan off plug kalu keluar bekerja...suami pon buat password klo nk masuk wifi tu.

    BalasPadam
  2. thanks sharing benda ni maria, baru tahu.. hihi

    BalasPadam
  3. tq share info..dah klik iklan sunsilk.. :)

    BalasPadam
  4. Kalau takde kat rumah memang off je wifi ni..sebab off plug pun :) tq share kak

    BalasPadam
  5. Off plug tu wajib,sbb kalau guna tmnet wifi,sng kena shot bila ada kilat,umah cn 2x meletup sbb kilat..huhu

    BalasPadam
  6. Pencuri ni macam-macam cara dia pandai.
    Sampai internet pun nak copet.

    BalasPadam
  7. Husben saya org IT, dia mmg set pw WIFI yg jenis susah2. Org x leh nk agak.. Ada la lagi dia buat utk elak wifi kena godek ngan si pencuri..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ