GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Merawat Sakit Mata

Sekarang ni ramai yang kena jangkitan mata atau sakit mata... Aku, alhamdulillah lama dah tak kena... 
Sakit mata biasanya kena akibat jangkitan kuman dan bakteria melalui udara. Dan dikatakan sakit mata boleh berjangkit dengan orang lain... sebab tu kalau sakit mata paling kurang 3-4 hari juga dapat MC.. 

Di sini, aku kongsikan beberapa petua tradisional untuk sembuhkan sakit mata...

1. Serbuk celak
Celak serbuk yang biasanya mudah didapati dari Makkah, jadi kalau orang ada nak g buat haji atau umrah, kirimlah ye... Sapukan celak serbuk ni di sekeliling mata... biarlah jadi mata panda pun... insha Allah dalam 10-15 minit, mata kita yang pedih, merah tu beransur pulih. 

2. Air daun bemban
Dulu, aku guna juga air daun bemban ni... tapi tak digalakkan sebabkan takut air tu tercemar dngan air kencing binatang. tapi memng best buh kat mata... sejuk je mata.. 

3. Susu ibu
Yang ni pun boleh juga.. kalau bayi, inilah ubat mujarab untuk sembuhkan sakit mata. 

4. Tuam dengan air sejuk
Ketulan ais dimasukkan ke dalam kain kapas, dibungkus dan dituam ke mata...

5. Air garam
Merendam mata di dalam air garam... huh! yang petua yang agak mencabar, pedih tapi aku sendiri tak pernah cuba.. 


Dalam lima petua ni, aku selalu buat yang no.1 tu je... sebab memang standby aje celak kat rumah... lagipun celak memang salah satu sunnah Rasulullah s.a.w untuk menjaga kesihatan mata dan menajamkan penglihatan. 

Sunat Bercelak Mata
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)

Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; “Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali” – (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)

Faedah Lain Bercelak Mata
Seperti mana yang disebut di dalam At Tibbun Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah :
i. Menyihatkan mata
ii. Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandangan
iii. Menghilangkan penyakit mata
iv. Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata

7Ulasan

  1. nice sharing kak.

    few weeks ago mata fae merah2. Alhamdulillah now ok dah.

    BalasPadam
  2. Celak moden aka eye liner boleh dikira sebagai celak x?

    BalasPadam
  3. tak pernah lagi kena sakit mata..takut..mintak2 tak akan kena. huhu

    BalasPadam
  4. tak pernah mencuba petua ni..kalau sakit memang pergi klinik je la

    BalasPadam
  5. kalo anak memg buh susu ibu..kalo akak skit mata akak titik ubat mata aje

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ