Petua Mudah Bersalin!

Sumber: fb

Selain petua di atas, banyak lagi petua tradisional yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil menjelang tarikh kelahiran bayi mereka. Jom semak petua tersebut yang mudah diamalkan.

Makan kurma
Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.

Minum air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.

Makan bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.

Telur ayam
Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah.

Minyak kelapa
Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaAllah berkesan.

Amalan melalui pengalaman:
Amalkan membaca Surah al-Insyirah setiap kali selepas solat sebanyak 3 kali sambil mengusap pada perut mengikut arah lawan jam, sambil berdoa dalam hati, moga dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan dan kelahiran. Ini amalan yg diamalkan penulis sendiri sejak tahu dan disahkan hamil. Moga bermanfaat. 

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. info yg sangat berguna .. :)

    BalasPadam
  2. Makasih berkongsi petua2 ni...:)

    BalasPadam
  3. Nice sharing... Terutama bg yg pertama kali akan melahirkan...

    BalasPadam
  4. Semoga bakal ibu mudah untuk bersalin

    BalasPadam
  5. nice sharing..buat mereka yg sedang menunggu masa

    BalasPadam
  6. Thanks atas perkongsian ini

    BalasPadam
  7. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Bersalin Dengan Lebih Mudah. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^