Petua dan Rawatan untuk Bayi Sembelit!

Bayi boleh alami sembelit bila mula makan makanan pejal, iaitu selepas umur 6 bulan ke atas. Kebiasaan bayi 6 bulan ke bawah jarang sembelit jika menyusu badan secara eksklusif. Dan jika bayi menyusu badan sepenuhnya tidak menyusu badan, itu tak dikira sebagai sembelit, kerana susu badan tiada 'hampas' sebaliknya diserap sepenuhnya oleh badan. Tetapi setelah mula makan, bayi boleh kena sembelit. Punca sembelit dalam kalangan bayi adalah disebabkan:

  1. Usus yang mengejut kerana diberi makan makanan pejal secara terus. Sepatutnya pada peringkat permulaan, kenalkan dengan puree buah ataupun bijirin yang tinggi serat. Tidak sesuai bayi enam bulan terus diberi bubur nasi walaupun dikisar... kerana nasi tinggi karbo dan kurang serat. 
  2. Kurang minum air. Bayi yang makan makanan pejal perlukan lebih air mineral/cecair tambahan untuk proses penghadaman dan pekumuhan. 
  3. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul
  4. Masalah sistem perkumuhan atau masalah dubur atau lubang dubur kecil. Kes ini, jarang berlaku, dan jika berlaku biasanya kena rujuk hospital untuk proses pembedahan atau rawatan perubatan moden.
Tanda-tanda bayi sembelit:
  1. Ketulan najis yang keras.
  2. Kekerapan membuang najis kurang daripada biasa.
  3. Bayi tidak selesa atau kurang aktif.
  4. Kembung
  5. Perut keras.
  6. Bayi kelihatan sakit atau perli menggunakan daya untuk membuang air besar. (meneran)

Cara Mengatasi bayi Sembelit:
  1. Membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh.
  2. Galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit.
  3. Perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan mengikut pusingan jam 30 kali dalam beberapa minit.
  4. Tambahkan serat dalam diet bayi. 
  5. Memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.
  6. Meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. 
  7. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. 
  8. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
Jika langkah-langkah tersebut tidak berjaya, maka boleh menggunakan kaedah moden dan perubatan. Antara ubatan yang boleh digunakan ialah air pancutan yang dimasukkan melalui lubang dubur. Untuk bayi dan kanak-kanak boleh digunakan tapi jangan terlalu kerap, kerana memberi kesan kepada otot dubur untuk membuang secara semulajadi. 
Ubat air untuk sembelit

Atau jika tidak berkesan, boleh beri ubat makan untuk lembutkan najis. Iaitu sejenis ubat "Lactulose" yang dijual difarmasi. Dos untuk bayi atas enam bulan ialah 5ml sekali makan tetapi perlu mendapat pendapat dari ahli farmasi kerana dos berlainan mengikut berat bayi. Kesan untuk ubat ini biasanya dalam 4 jam.


Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.

Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.

Sumber rujukan: Dr. Zubaidi Ahmad dan Utusan Malaysia. 



Nota:
Lain anak, lain pengalaman dan pengalaman itu satu pengajaran... Ku kongsikan sebagai ilmu untuk semua. moga bermanfaat. 

Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. Alhamdulillah anak2 saya memang dah takda langsung sembelit. berbaloi saya cuba produk yg sedang dok guna sekarang ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. PRODUK APE YE SIS

      Padam
    2. klu tak silap sy blogger ni guna produk shaklee

      Padam
  2. TQ sharing sis.. nti boleh diguna pkai bila baby sembelit...

    BalasPadam
  3. ilmu baru nie.. terima kasih ilmunya

    BalasPadam
  4. Sharing is good... Hehehe... Singgah jap...

    BalasPadam
  5. dulu anak akak.sembelit.memg guna ubat cucuk kt bawah tuh...sjak drp tuh akak.suh ank ank byk minum air suam

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak saya pon kerap ugak sembelit. masa umur 3 tahun. skrg dh 4 tahun.dia mmg suka mkn jajan. tu yg tahi jd keras susah nk kluar time buang air besar. jd la sembelit. lepas tu spupu rekemen suruh bagi dia mnum susu. dia suruh try mamil. sbb dia pnah guna mamil jugak. alhamdulillah, lepas 10 hari anak sy dh tak kena sembelit dah. lg suka la dia sbb dh tak sakit. hehe

      Padam
    2. bagi je air jus buah banyak2 kak. nanti ilang la sembelit anak akak tu. sy buat cemtu je kalau anak sembelit. bg makan buah mcm limau oren betik pisang. biar senang nk berak

      Padam
    3. hehe. akak dh try bg jus buah bagai dik. tak berkesan. dh la anak akak susah nk suruh dia mkn buah ngan sayur. tu yg bg susu mamil tu. dia cukup suka kalau mnum susu. lgpon mamil juga bagus utk pembesaran dia. boleh mmbesar dgn sihat.

      Padam
    4. Boleh tanya mamil y mana satu ya....sbb anak saya teruk jugak sembelit nya

      Padam
  6. alhamdulillah anak masa kecil tak pernah kena sembelit. apa pun nice sharing

    BalasPadam
  7. maaf....bayi tidak boleh diberi ubat seperti gambar di atas... mohon jangan beri informasi yang mengelirukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak bagi... Ubat ni untuk kanak-kanak dan semestinya kena rujuk pakar perubatan sebelum bagi sekarang ubat.

      Padam
  8. Ramai bayi dan kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit...Mungkin faktor pemakanan atau penyusuan antara punca utamanya..simple dan mudah di 'catch up' isinya..terbaik!

    BalasPadam
  9. kalau ank yg new born bru 20hari boley bgi air masak, buah pisang jgk ke.dah 3hri ank xberak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bayi baru 20 hari sembelit itu normal kalau menyusu ibu sepenuhnya... Kalau susu formula baik rujuk doktor ye... Jangan suka-suka suap pisang pula... Usus bayi masih nipis lagi... Huhu...

      Padam
  10. Salm nak tnye ad sy 2y berak sembit..hri nie bru start tukar susu baru tp nk berak ngis2 4kli berak xjdi kalu isi ubt bontot time ank nk berak or sblm

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu nmpk ank meneran dah susah tu bru guna.. jgn guna kerap sgt..

      Padam
  11. Boleh guna ubt lactulose tue utk bayi kecil...tp ikut brt ank dosenya klu bayi bwh 12bln..tp ank sy tk jln pun bg ubt nie😭😭bila usaha nk BAB je asyik kuar masuk najisnya..derita sy tgk dia😭😭arinie msuk 2ari dh..karang bwk g klinik jela..ank bru 7bln..mase tmbuh gg bwh pun jd smbelit..nie nmpk gg ats dh mula kluar juga..mgkin itu faktornya..tk sgup tgk muka ank stiap kali meneran..sy tlg tp tkblh juga😭😭😭😭

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^