Pancake Coklat untuk Sarapan!

Bila anak dah besar, maknya kena la rajin memasak... Perut anak kena diisi... Tambah bebudak... Lapor je memanjang...

Lagi satu bebudak ni, ragam makan dia mudah bosan bila selalu masak menu yang sama... Hari minggu yang lalu, suami masa cekodok bilis, hampir habis sepinggan kakak makan... Sebabnya lama aku tak masak cekodok...

Pasti, semalam dah pikir nak masak sarapan untuk kakak... Sarapan yang lama aku tak buat ialah pancake... Tercetus idea nak buat pancake coklat sebabnya kakak suka makan coklat.

Memandangkan bahan-bahan memang dah tersedia... Maka, pantas memasak di dapur... Bahan mudah je nak sediakan pancake ni...

Sebiji telur gred A, mentega atau marjerin yang dicairkan, gula pasir, garam, tepung gandum, serbuk penaik (ayakkan tepung dan serbuk penaik), serbuk coklat (aku guna jenama van houten), susu sejat (boleh guna susu segar tapi aku tak de susu segar aku guna susu sejat je), esen vanilla.

Cara membuatnya:
Pukul telur dan esen vanilla hingga kembang, masukkan gula, garam dan pukul lagi hingga sebati... Lepas tu masukkan majerin yang dicairkan... Masa part ni aku masukkan dalam blender untuk hasilkan sebatian yg mantap!. Lepas tu masukkan susu cair dan pukul lagi... Pastu masukkan tepung sikit-sikit dan last sekali masukkan serbuk coklat... Pukul sebati... Kalau agak pekat, boleh tambahkan air suam...

Dah sebati, tuang dalam bekas dan rehatkan dalam 10-15 minit... Dah tu apalagi.. Canaikan atas kuali leper...sebab aku takde kuali khas buat pancake kan.. Jadi, kuali leper pun jadilah...

Memang gebu dan lembut sungguh... Alhamdulillah menjadi... Sedap makan dengan marjerin dan madu...

Selamat mencuba!!!


Posted via Blogaway

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Assalamualaikum kak. wahh sedapnya pancake! teringin nak buat sendiri.. tapi selalu je kemalasan. hahahah thanks kasi resepi kak. nak cuba juga nanti ~~~

    BalasPadam
  2. wahh... yummynya... mama kalau buat pancake yang biasa je tu, makan dengan madu... pergh!!

    BalasPadam
  3. pancake pisang sedap jugak kalau buat kan...heheh

    BalasPadam
  4. dah terbayang akan kesedapannya,,.

    BalasPadam
  5. budak2 memang cepat bosan dengan menu yang sama...

    BalasPadam
  6. nampak sedap dan menyelerakkn..hehe

    BalasPadam
  7. hehehe kelakar bila akak kata "perut bebudak ni lapor memanjang" , dh mcm mak sy kata the same thing about us,, nampak sgt menyelerakan.. nak mintak mama sy buat lah.. hehe

    BalasPadam
  8. Ya Allah, sangat menarik ni! buat untuk anak-anak mesti depa suka ^_^

    BalasPadam
  9. ahhh oleh cuba nie,mesti sedap

    BalasPadam
  10. tak pernah buat lagi pancake..ade masa boleh cuba..kena tunggu kerajinan nak buat jugak ni..hhuhu

    BalasPadam
  11. thanks share resipi maria memang sedap kalo melibatkan coklat nih

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^