Sumber: google images |
1) Kisah Sahabat Nabi Mencampuri Isterinya Di Siang Hari.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata:“Celakalah saya wahai Rasulullah!” Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?” Dia menjawab: “Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan.”
Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: “Bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?” “Tidak!” “Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?” “Tidak!” “Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” “Tidak!”Kemudian dia duduk.
Ketika itu dibawakan kepada Rasulullah s.a.w. sebakul kurma, lalu Baginda memberikan kepada lelaki tersebut. Dia menjawab: “Adakah yang lebih miskin daripada kami? Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya.”Mendengar yang sedemikian Rasulullah s.a.w. tersenyum sehingga nampak gigi Baginda, lalu Baginda bersabda: “Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan kurma ini).” [Riwayat Muslim].
2) Batasan Hubungan Suami-Isteri Yang Ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. pernah mencium (isterinya) padahal Baginda sedang berpuasa dan pernah bermesra-mesraan (dengan isterinya) padahal Baginda berpuasa. Akan tetapi Baginda adalah orang yang paling mampu mengendali nafsunya di antara kalian. [Sahih Muslim]
Puasa adalah perisai yang boleh mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan. Sesuatu kejahatan itu boleh berlaku apabila manusia menurut kehendak nafsunya. Suami-isteri yang dilarang melakukan perhubungan seks di waktu siang hari dalam bulan Ramadhan adalah bagi mengekang kehendak nafsu, dimana nafsu adalah merupakan ibu kepada kejahatan. Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan batasan hubungan yang dibenarkan, namun Baginda adalah orang yang paling mampu mengawal nafsunya.
Hukum Mencium lelaki dan wanita (Suami Isteri) semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.
3) Kifarah Hanya Ke atas Suami.
Mengapakah kifarah hanya dikenakan ke atas para suami? Ini kerana, lelaki adalah orang yang menanggung dosa perempuan yang berada di bawah tanggungannya. Dalam kes ini kesalahan yang dilakukan oleh 2 orang diletakkan ke atas 1 orang.
An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki… telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ni.. semoga menjadi peringatan kepada diri ena dan juga para pembaca yang lain..
BalasPadamPerkongsian yg bagus..akak pun still bergurau .manja manja dgn suami tp terkawal la..
BalasPadamBagus info ni...ingatan untuk diri sendiri jugak...:-)
BalasPadamingatan yang baik.. jangan terlebih sudah...
BalasPadamMenjadi peringatan buat kita semua yg berumahtangga...
BalasPadamgurau manja2 takpe kan...hehehe
BalasPadamNak brmnja2dgn suami tpi ada batasnya time puasa2 ni..sib baik suami lya jauh
BalasPadambab cium tu penah jadi bahan perdebatan kami suami isteri =)
BalasPadaminfo yang bermanfaat..:)
BalasPadam