Piala Dunia berakhir semalam...
Perlawanan akhir Argentina lawan German..
Penyokong sama-sama banyak juga kat Malaysia ni..
Tahniah kepada pasukan German yang menjuarai Piala Dunia 2014!
Jaringan tunggal Mario Gotze di masa tambahan bawa Jerman muncul juara piala dunia edisi ke-20 selepas menumpaskan Argentina, di Stadium Maracana.
Jerman memperoleh gol emas pada minit ke-113, apabila Gotze mendada bola selepas menerima hantaran silang daripada Schurrle sebelum menguis masuk dan menumpaskan Romero.
Argentina beraksi di final selepas kali terakhir melakukannya pada 1990, ketika mereka tewas 1-0 di tangan Jerman Barat manakala Jerman kali terakhir pada final 2002, tumpas di tangan Brazil 2-0.
Kemenangan Jerman itu turut memahat sejarah baharu Piala Dunia apabila mereka muncul pasukan Eropah pertama menjulang kejuaraan di bumi Amerika Selatan.
Berita Penuh: harian Metro
Tahniah buat German yang menjuarai Piala Dunia...
Buat peminat bola, Alhamdulillah... dah selesai Piala Dunia, maka dah boleh la selesaikan juga 10 Malam terakhir Ramadhan tanpa gangguan...
Bola dah hbis... tapi jangan lupa teruskan berdoa untuk Palestin dan GAZA... Mereka memerlukan kekuatan dan sokongan padu dari umat Islam sedunia...
psst: Mesti +Cikgu Norazimah happy giler nih... hehehe
Tahniah German
BalasPadamtahniah Germany..good game Argentina..cuma banyak peluang depan mata terlepas
BalasPadamTahniah germen trbaik
BalasPadamsaya antara yang happy sebab team favorite menang
BalasPadamhahaha ! mmg hepi..ceria jer pegi skola, kelas full harini pun tak merungut sebab aura juara tu..hehe
BalasPadamGermany terbaik... syabas.. :)
BalasPadamrezeki jerman
BalasPadamTerima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ