GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Boikot Produk Israel!

Sejak minggu lepas, orang dok kecoh pasal Gaza diserang... Bila isu Israel ni timbul mulalah, isu boikot ni timbul semula... Sana-sini orang dok kempen boikot sana dan sini... 


Sebelum nak buat kempen dan sebaran pasal boikot ni, kena ada ilmu kenapa kena boikot, cara nak boikot... Jangan buat sesuatu atas dasar ikut-ikutan atau bermusim... Owh... time ni je la nak boikot, nanti dah habis perang, dah tak boikot dah.... Kalau nak boikot, boikot lah secara istiqamah demi kemaslahatan ummah... 

Beberapa produk yang dikatakan menyumbang kepada dana Israel... antara yang terbesar ialah produk makanan seperti Nestle, Mc Donald, Starbuck, Coca Cola, Intel dan Johnson & Johnson. Satu dunia guna produk-produk ni... Setakat ni, produk yang masih aku guna ialah Intel sebab aku guna laptop dan komputer dan juga Nestle, iaitu susu Everyday. 

Sebenarnya nak boikot kena berilmu juga... jangan orang kempen boikot kita boikot juga... sampai susu yang ada dibuang, buang komputer... tu b***h namanya... itu ikut secara mengkhinzir buta namanya... jadi, jom belajar sikit bab nak boikot ni... aku petik sikit artikel dari Ustaz Zaharuddin.. 
Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai. 
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu. 
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 ) 
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam. 
Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja. 
Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya. 
Digalakkan juga umat Islam mengutamakan sayarikat Islam dan barangan keluaran Islam bagi membantu peningkatan ekonomi umat Islam. Ia juga adalah salah satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Saudi. Wallahu'alam. http://www.zaharuddin.net/ Artikel Penuh: SINI

Jadi, bab boikot ni berkaitan dengan hati dan iman... Ada sesetengah produk itu kita yakin menyumbang kepada dana Israel, maka masa nilah iman kita berfungsi, orang yang kuat iman akan melepaskan apa yang di suka dan disayang atas kepentingan saudara sesama Islam dan begitu juga sebaliknya. Tapi kita rasa ianya sesuatu yang tak salah, tak kisah bagi dia... tak boleh la nak tuduh orang yang tak boikot tu tak fikirkan kepentingan ummah.. Boikot salah satu usaha, tapi yang paling penting juga ialah DOA... 

Jadi, tepuk dada tanya iman... jika ada produk Islam yang dapat membeli balik kuasa beli rakyat, maka kita sokonglah produk buatan Malaysia dan buatan orang Islam. Jika ada susu keluaran orang Islam yang setanding dengan produk Nestle tu, yang harganya mampu dimiliki oleh semua peringkat dan golongan, mengapa tidak kita memilih produk orang Islam kan... Tapi setakat ni, produk orang Islam, harganya tak mampu dimiliki oleh golongan sederhana... Jadi, buat pengusaha dan pengeluar produk Islam.. wajib fikirkan... kemaslahatan ummah atau keuntungan yang dicari??? Opss... bab ni tak boleh ulas lebih-lebih... sensitif bagi sesetngah orang.... jadi, cari galilah ilmu dulu... Jangan boikot bermusim tapi biarlah berilmu dan istiqamah.... 

Bagi aku, selagi mana yang aku mampu buat aku buat... Itu yang terbaik... jangan nak bertindak ikut nafsu, tapi biarlah berilmu... Sekian... Peace No WAR... Teruskan DOA dan QUNUT NAZILAH buat Palestin!



Sumber gambar: google images

15Ulasan

  1. Ermm no komen bab boikot2 ni sbh ada brg d atas pun lya guna

    BalasPadam
  2. setuju sangat-sangat Maria..kita nak buat apa-apa kena ada ilmu.semoga ramai yang istiqamah dan terus mendoakan Gaza.

    BalasPadam
  3. boleh kita boikot kalo takde keperluan untuk guna..

    BalasPadam
  4. singgah menabung di nuffnANG uMobile.
    Jemput semua singgah sini juga.
    Life is beautiful...don't waste it.

    BalasPadam
  5. Tapi MCD dah terang, Starbuck pon.. well, most of the bukan murah untuk kita consume. Tapi tu lah, nak bergaya punya pasal..lunch kat office Mc Delivery. Sebenarnya pemahaman kita jugak bukan berdasarkan apa yang pemimpin kita cakap.. sepatutnya lebih kepada AlQuran dan AsSunnah. Sebab kalau ikut sangat cakap pemimpin, konsert boleh jadi halal.. So, boikot selagi boleh lah produk zimmi. Wallahu a'lam.. just my 2 cents.

    BalasPadam
  6. betul tu dear, setakat ni CN mmg tak pernah pegi starbuck, mcd kadang2 jer kalau mengidam sangat dan nestle tu sikit2 try stopkan..kita mampu mengubahnya ! hehe

    BalasPadam
  7. Selidikilah & boikot selagi mampu dgn istiqamah...

    BalasPadam
  8. so far kat ats nih yg akak guna tuh la nestle,intel....kfc...yg lain memg xguna...

    BalasPadam
  9. jyeahh mari sama2 boikot brg israel laknatullah.. dan pastikan ianya bukan boikot bermusim..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ