GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review Drama: Bibir Tanpa Zikir!

Alhamdulillah... di bulan yang barakah ni, aku berkesempatan menonton satu drama yang buatkan aku terfikir, insaf dan menyentuh jiwa... Aku tak pasti drama ni, diulang tayang, tapi aku sendiri belum pernah menontonnya.. Drama "Bibir Tanpa Zikir". 

Sumber: google images

Drama ringkas, tapi sungguh terkesan dihati... sebagai ibu bapa, dan sebagai isteri drama ni sungguh terkesan dan penuh pengajarannya. Drama lakonan Adam Corie Abdullah (Bakhtiar) dan Lisdawati (Mira) sebagai tonggak utama. Kisah Mira seorang isteri yang menipu suaminya... di depan suami dan ibu bapanya, Mira nampak sopan dan bertudung litup tetapi sebenarnya dia seorang isteri yang liar dan sosial. Dia sanggup curang dan berzina dibelakang suaminya. Bakhtiar seorang suami muallaf tetapi sangat taat dengan perintah Allah dan Rasul. 

Kecurangan Mira akhirnya terbongkar bila dia "kantoi" selepas dia balik dari bersosial sewaktu suaminya ada di rumah. Tetapi itu tidak menginsafkan Mira, malah dia semakin jauh hanyut dibuai dosa. Mira semakin keterlaluan hingga biadap dan derhaka kepada ibu bapa kandungnya sendiri. Dia diuji Allah dengan diberi sakit pada mulut dan badannya. Tapi itu sedikit pun tak menginsafkannya untuk bertaubat. Dia makin tertekan hingga hampir membunuh diri... tetapi masih selamat. Namun, takdir Allah, nyawanya diregut dengan dasyat dan mati tanpa bertaubat apabila lari keluar rumah ditengah malam dan akhirnya dia disambar petir tanpa sempat mengucap.. 

Pengajaran dari kisah ni... adalah punca kenapa Mira jadi begitu??? Ibu bapanya sangat taat pada agama, mereka didik Mira dengan agama yang cukup, cuma cara didikan mereka salah. 

Sewaktu usia kanak-kanak dan remaja, Mira disuruh solat oleh ibu dan bapanya, tanpa diajar bagaimana untuk solat dan tutup aurat. Ibu bapa Mira terlalu ketat dalam beri peraturan beragama. Ibunya menyuruhnya solat, tapi tak dididik bagaimana solat yang betul, segalanya diserahkan bulat-bulat pada ustaz di sekolah. Bapa Mira juga terlalu ketat mengajarnya, pantang salah dalam menjalankan didikan agama, Mira akan dipukul. Keadaan ini, membuatkan Mira memberontak apabila dia dewasa. Dia berkahwin dengan muallaf, kononnya muallaf itu tak kuat agama, dan dia bebas dari peraturan ketat ibu bapanya, tetapi dia silap, kerana itu dia memberontak dalam diam. tambahan pula jumpa kawan yang bawa jalan yang salah dan sosial. 

Dari sinilah aku belajar, cara mendidik anak perempuan atau lelaki dalam mengikut perintah Allah dan Rasul. Kesimpulan dan pengajaran yang boleh diambil:
  • Sebagai ibu bapa, didiklah anak-anak dengan berhemah dan lemah lembut, bukan menghukum tanpa didikan. Nabi s.a.w sendiri berlemah lembut dalam mendidik. Pukulan kepada anak-anak bukanlah sebagai denda tetapi sebagai pengajaran. 
  • Ibu bapa perlulah ceritakan kenapa kita diwajibkan solat dan tutup aurat (perkara asas dalam mendidik anak kecil). Bukan menyuruh, tetapi ceritakan kenapa kena buat begitu.
  • Kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan ikut apa yang ibu bapanya buat. Jika baik akhlak ibu bapanya, insha Allah baik juga anak-anaknya. 
  • Sebagai suami, sabar dan teruskanlah berdoa dalam mendidik isteri. Jangan putus asa dan jangan putus harap untuk isteri berubah ke jalan Allah. Sebagaimana Bakhtiar, tetap sabar dan berserah kepada Allah moga Allah buka pintu hati isterinya.
  • Sebagai orang Islam, jangan tinggal untuk menuntut ilmu dan ke majlis ilmu. Dari situlah iman kita akan utuh pabila diuji. Ilmu, membezakan martabat seseorang di sisi Allah. 
  • Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas. Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah terhadap para wanita”. (Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)
Memang sesiapa yang menonton drama ni, juga adalah yang terpilih... kerana memberi pengajaran yang bermakna, dan cara mendidik anak yang betul dalam beragama... Hatiku risau juga, bila melihat dua anak perempuan anugerah Allah. Amanah Allah, yang kami pikul untuk beri didikan yang terbaik.. Moga Allah permudahkan dan tunjukan jalan serta kesabaran dalam mendidik anak-anak demi agama dan ummah... Insha Allah....

13Ulasan

  1. Menarik..Pengajaran yang berguna untuk semua...Thanks Maria...

    BalasPadam
  2. sy pn tgk..ish skt at tgk nisda tu..lancang btl mlt dia.xbenti bckp..dh skt pn mlt jht jgk....smpi mati x insaf2...bhya tol

    BalasPadam
  3. Aisyah pernah kut tgok cite ni..mmg best dan menginsafkan! terbaik (Y)

    BalasPadam
  4. Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosaku & dosa kami semua.

    BalasPadam
  5. Oh ... Saya pun tengok cite nie ngan bebudak, dapat lah bagi nasihat serba sedikit kat anak2 ...

    BalasPadam
  6. saya rasa ni cerita lama kan
    macam dah pernah tengok
    tapi saya setuju dengan pendapat maria
    ketegasan belum tentu berjaya

    BalasPadam
  7. best ker cerita nie..xsempat nk tgk berebut dgn anak2

    BalasPadam
  8. belum tengok lagi cerita..mesti best cerita pengajaran macam ni.

    BalasPadam
  9. Menarik ..Boleh jadi iktibar buat kita semua

    BalasPadam
  10. akak de tgk jugak drama nih...rse geram aje dgn mira tuh biadap kan...tp tuhla.memg sarat dgn pgjaran drama nih...memg btul mak ayah dia beri didikan agama tp tak diterangkan dgn details...budak budak kan byk tny...kalo kita xdidik sebetulnya tuh yg diorg memberontak...

    BalasPadam
  11. husna tgk crita ni, muka dah jd mcm tu pon masih tak sedar kan..
    last2 rentung..hhuuhu..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ