GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Setia dengan Celcom

Sekarang dah makin banyak plan internet dan mobile telco... Semakin kuat bersaing... Celcom, Maxis, Digi, UMobile, TuneTalk, dan segala bagai...


Tapi sejak aku mula guna handphone aku dan suami tetap setia dengan Celcom... Pernah dulu orang kata Maxis murah, lepas tu Digi pula dan sekarang ni UMobile pula menambah saingan, tapi aku tetap setia dengan Celcom. Walaupun banyak telco lain iklan dok promote kadar cas diorang murah, entah! Aku tak berminat... 

Aku pernah guna Maxis tapi kejap sangat... Lepas tu nombor tu hilang gitu je... Jika sebelum kahwin guna prepaid lepas kahwin aku guna postpaid share satu akaun dengan suami. Suamiku daftar plan Celcom bawah ATM (Angkatan Tentera Malaysia), kira aku call dan sms dia free je... Suamiku pula kalau kol atau sms kengkawan yg guna sama plan dengan dia pun free juga... 

Jimat la juga... Tapi sebab aku malas nak beralih ke telco lain sebab dah malas nak tukar nombor. Nombor ni dah guna untuk urusan kerja juga, hingga ke kementerian dan bank pun nombor ni... Lagi satu line celcom ni kebanyakan available walaupun masuk ke ceruk kampung... Kalau telco yang baru-baru ni memang bermasalah sikit la kan... 

Plan internet, boleh la tahan laju juga, bergantung kepada gelombang dan line juga, tapi setakat ni laju lah...sebab boleh tonton movie online tanpa sangkut-sangkut dah... Kalau download movie dari youtube pun laju aje... Setakat ni hampir 16gb video aku dah download untuk Faiqah dan adik dia tonton. 

Jadi, aku setia aje dengan celcom... Rasa malas dah nak tukar ke telco lain... Selesa dan serasi dengan celcom... Ini perkongsian pengalaman aku... Lain orang lain pengalaman dan citarasa kan... Bagi aku setiap telco ada kelebihan dan ada kekurangan... Begitulah ciptaan manusia yang bersifat baharu... 

Apa pilihan anda??? Yang pasti mesti ada sebab kenapa anda pilih telco tu kan... Opss... Jangan promote tunetalk plak... Sebab saya juga pernah gunakannya... Dan kerana itu juga buatkan saya lagi setia dengan celcom...


8Ulasan

  1. akakpn masih setia ngan celcom w/pun ada ketika ia menyakitkan hati bila dikenakan caj di luar kawalan

    BalasPadam
  2. noe setia ngan digi...pernah cuba celcom...ada bad experience dgn diaorg...terus g digi balik..sampai skang....

    BalasPadam
  3. sy pun masih setia dgn celcom walaupun kat rumah coverage hanya dapat satu bar je. Mgkn buat masa ni kene guna celcom smpai student pack habis sbb cas murah...kalau dah habis mgkn akan pertimbangkan guna telco lain...

    BalasPadam
  4. fiza pulak masih setia dengan maxis :)

    BalasPadam
  5. Pernh guna celcom,tp sbb maxis lg aktif,celcom tu mati mcm tu je tak guna..hehe

    BalasPadam
  6. Sy pun pengguna celcom...since 1999...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ