sumber: google images |
Seterika yang biasa kita guna lama-lama akan jadi gelap dan kadang-kadang melekit dan melekat pada pakaian. Leceh kan camni.. Terutama kalau gosok baju putih, kesan kadang-kadang melekat... Dah tak cantik seterika kita... Jadi, ada beberapa petua mudah kita boleh cuba buat untuk hilangkan kesan hitam pada seterika.
1. Daun Pisang
Ambil daun pisang tua, yang masih basah dan hijau. Buka seterika dengan kepanasan sederhan dan gosokkan permukaan seterika berulang kali hingga seterika terasa licin.
2. Garam
Bahan yang diperlukan adalah beberapa sudu besar garam. Apa-apa jenis garam boleh digunakan. Caranya ialah dengan hidupkan seterika pada kepanasan sederhana. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap. (sumber: karangkraf)
3. Kertas pasir halus
Gosok permukaan seterika menggunakan kertas pasir yang paling halus. Gosok tanpa panaskan seterika terlebih dahulu.
4. Daun mempelas
Ni kaedah orang dahulu bagi yang tiada kertas pasir. Boleh gunakan daun mempelas dan gosok permukaan seterika berulang kali secara perlahan-lahan dan sekata.
Mudah dan senang. Selamat mencuba.
Tips:
- Jangan seterika jenis kain sintetik bergetah seperti kain lycra.
- Panaskan seterika dengan kepanasan sederhana sebelum laraskan ikut jenis kain semasa seterika.
- Cuba gosok pada permukaan papan seterika sebelum gosok terus pada pakaian.
dulu akak pakai garam je...
BalasPadamNice sharing ehehe :)
BalasPadamPetua yang mudah tapi mudah digunakan..
BalasPadamwaaa best jugak petua ni..blh try nnt kt umh
BalasPadamjemput ke blog i
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
wah boleh pakai tips ni...boleh cuci iron kt rumah ni..:P
BalasPadamow! tq4 da tipss
BalasPadamtq for sharing..pas ni nak check kat bawah iron lak..hihihi..biasa SB main bedal je, tak check apa pon..
BalasPadamKalau kat rumah, selalu guna petua daun pisang tue. Petua lain tak pernah cuba sebab petua daun pisang tue dah berkesan. :D
BalasPadampernah cuba yg garam tu.alas dgn surat khabar atsnya.mmg licin habis seterika lepas tu.
BalasPadamBab garam tu tu baru saya tahu.. thanks sharing..
BalasPadamBab garam tu saya baru tau... thanks sharing..
BalasPadambagus tips ni...saya baru tau..tq
BalasPadamBoleh pakai garam je rupanya... Terimakasihlah berkongsi info.
BalasPadamBoleh try nanti ni..garam tu gosok dengan kain ye.
BalasPadampetua yg berguna nie..
BalasPadampetya yg bagus...leh try
BalasPadam