GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Persediaan Menjelang Ramadhan!


PERSEDIAAN MENJELANG RAMADHAN

# Ikhlaskan Niat.
Jangan berpuasa sebab nak kurus atau nak berjimat. Hayati maksud niat puasa yang sebenar. 

# Taubat Masa Lalu.
Lazimi istighfar dan solat sunat taubat.

# Jaga Masa dari Hal yang sia-sia.
Kurangkan bergosip dan duduk saja.

# Makan secara Sederhana.
Makan ikut keperluan bukan kehendak. Hayati tujuan asal kenapa kita diwajibkan berpuasa. Usah sibukkan diri dengan buffet ramadhan sana sini... 

# Lazimi Puasa Sunat.
Lazimi dua bulan sebelum puasa. Hari ni dah tak boleh puasa dah.

# Tingkatkan baca al-Quran.
Target untuk khatam berulang kali sepanjang hayat. Bukan bulan puasa saja.

# Biasakan Qiamullail.
Bangun awal sebelum sahur untuk Qiam.

# Perbanyakkan Zikir dan Sedekah.
Lazimi lidah dan sedekah setiap hari... Dan berpanjangan hingga sepanjang tahun.

# Pelajari Hukum Hakam Puasa.
Pelajari hukum hakam puasa dari guru dan sumber yang sahih. 

Kalau raya dah siap awal-awal kenapa tidak puasa... Sepatutnya persiapkan diri untuk Ramadhan dahulu, baru fikir raya... Sebab bulan Ramadhan dulu baru Syawal kan... Doa lah banyak-banyak moga sempat jumpa Ramadhan... Moga dapat sempurnakan Ramadhan sebaiknya... Kerana mungkin Ramadhan kali ini yang terakhir buat kita... 

Peringatan dan renungan bersama....

7Ulasan

  1. betul tu Maria... kebanyakan, belum mula puasa dah fikir hal ehwal raya... termasuklah akak juga... dah bz jual bizkut raya. org lak order saje.... hehe
    Moga amalan kita pada Ramadhan kali ini lebih diberkati. Aamin...

    BalasPadam
  2. thanks for sharing..salam Ramadhan Maria..

    BalasPadam
  3. SETUJU sangat2 ..Thanks for sharing Maria ..Selamat berpuasa nanti ya ..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Ramadhan datang lagi.
    Jom banyakkan makanan rohani.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ