sumber: google images |
Ibu bapa mana yang tidak keberatan untuk meletakkan anak mereka dibawah penjagaan pengasuh kanak-kanak terutamanya yang masih bayi. Hati ibu yang terpaksa kembali berkerja pasti risau dan bimbang oleh kerana memikirkan bayi mereka lebih-lebih lagi buat ibu yang mahukan bayi mereka minum susu perahannya.
Tambahan lagi berlaku banyak kes-kes yang tidak diingini membuatkan ibu bapa menjadi lebih bimbang. Namun, jangan dikhuatiri keadaan itu berlaku. Kerana anda boleh menentukan pengasuh mana yang layak untuk menjaga bayi anda. Apakata sertakan atau tanya mereka teknik-teknik yang digunakan dalam memberi susu perahan ibu.
Kepada ibu bapa, berikut adalah panduan yang boleh diteliti dan disemak oleh anda untuk memastikan anak anda dalam selamat semasa diberi SIP.
- Pertama sekali adalah elakkan pengasuh memberikan SIP jika bayi menangis. Pengasuh perlu tukar lampin, dakap dan bermain dengannya. Bayi mungkin hanya memerlukan perhatian
- Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya. Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
- Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
- Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
- Jangan sesekali tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dalam mulutnya.
- Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
- Bayi akan menentukan bila dia patut berhenti minum. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada di dalam botol.
- Jika bayi kelihatan gelisah, minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP sementara menunggu anda pulang.
- Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan, lebih banyak SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yang mungkin kerap meragam.
Sumber: Majalah Mingguan Wanita
Esok adalah hari pertama adik akan ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh. Pengasuh yang sama dengan kakaknya... Alhamdulillah pengalaman dua tahun kakak dengan pengasuh itu, buatkan aku yakin dengan pengasuh tu... Moga Allah permudahkan dan lindungi anak-anakku saat aku keluar mencari rezeki membantu suami.. Hanya doa sahajalah dapat ku pohon, semoga Allah pelihara keselamatan dan kesihatan kepada anak-anakku...
tawakal jer bila tgglkan ank dkt pengasuh ;)
BalasPadamJOM JOIN : FREE lipstik Mary Kay ;)
http://www.cekgunorazimah.com/2014/05/saya-nak-lipstik-marykay
Insyaallah ..Bila kita dah serasi ngan seseoranng pengasuh pasti diaorg pon akan jaga anak2 kita sebaik mungkin ...
BalasPadamLya doakan anak2 Maria selamat di bawah lindungan yg maha esa..
aminnnn....saya pun risau kalo terpaksa hantar ank2 ke pengasuh.buat masa ni mak dan ayah yg jg 2 buah hati.
BalasPadamNak cari pengasuh yang betul2 jaga anak kita dengan baik ni payah sikit sekarang nie kan..
BalasPadambukan mudah mendapatkan pengasuh yang bagus & berpengalaman..
BalasPadamharap pengasuh di taske mendapat training macam ni
mcm2 kes kita dengar sekrg...
BalasPadamnasib baik mak yg tolong jagakan...time bekerja
Bika tinggalkan anak anak dgn pengasuh kena cekalkan hati..bila dpt oengasuh yg okey in shaa Allah tiada apa apa tp tetap jugak kne ati2
BalasPadam