Petua Kuruskan Badan untuk Ibu Menyusu Badan!

5
Petua Kuruskan Badan untuk Ibu Menyusu Badan! | Menyusu badan menjadikan ibu kuat makan. Ada orang badan kurus walaupun kuat makan, tapi ada orang jadi naik berat walaupun menyusu badan. 

Pengalaman MF, menyusu 4 orang anak, anak 1 dan 2 memang badan kurus .. menyusu badan lagi cepat kurus. Tapi bila makin berusia, metabolisme badan dah makin perlahan, menjadikan badan cepat naik. Anak ketiga dan keempat, berat hampir cecah 60kg... Tapi mujur sedar awal.. MF cubalah kawal makan juga supaya tak naik... 

Susah berat badan lebih... sakit kaki dan mudah mengah jadinya.. Jadi, kena juga kawal supaya berat tak naik banyak. 

Apa pun, bagi yang metabloisme rendah boleh amalkan petua kuruskan badan untuk ibu menyusu ini. 
Moga bermanfaat... 



Petua Kuruskan Badan untuk Ibu Menyusu Badan!

Tangguh diet sehingga bayi dua bulan

Tunggu sehingga bayi berumur dua bulan sebelum memulakan sebarang diet. Bagi peluang untuk menstabilkan penghasilan susu agar tidak mudah terjejas ketika  cuba berdiet. Perlu diingat bahawa apabila menyusukan bayi, kita akan kehilangan 200-500 kalori sehari (tanpa sebarang diet)\

Susukan secara kerap dan tanpa had

Kajian membuktikan penyusuan susu ibu yang dilakukan dengan kerap, tanpa had dan diteruskan sehingga lebih daripada enam bulan dapat mengurangkan berat badan.

Kalori sehari: 1500-1800

Ketika tempoh penyusuan susu ibu, seharusnya mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari. Ada juga sesetengah wanita memerlukan lebih daripada itu. Pelu diingat bahawa kajian membuktikan sekirannya pengambilan yang kurang daripada jumlah yang disyorkan, boleh menjejaskan penghasilan susu.

Berat hilang tidak lebih 0.7kg seminggu

Kehilangan berat badan sebanyak 0.7kg seminggu atau 2.7kg sebulan selepas bayi berumur dua bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.

Kurangkan kalori beransur-ansur

Apabila kehilangan kalori dilakukan secara mendadak, itu akan menjejaskan penghasilan susu. Ini paling ketarav ketika anda sakit (kurang air selain pengambilan ubat tertentu antara faktor yang menyebabkan penghasilan susu yang terjejas)

Senaman ringan

Langkah ini memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat.

Pemakanan sihat

Snek yang dimaksudkan bukanlah biskut cip coklat atau makanan yang tinggi kandungan gula. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau. Makanan yang kaya dengan protein pula adalah seperti tauhu, tempe, kekacang atau bijirin dan soya.

Sumber:Mingguan Wanita

Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. saye memang kurus masa menyusukan badan sepenuhnya.. lepas berenti menyusu naik sampai 9 kg..haha..

    BalasPadam
  2. tq for sharing...info yang sangat berguna nie...kena praktikkan...

    BalasPadam
  3. slagi menyusukan anak mmg boleh maintan slim ;)

    BalasPadam
  4. saya dapat kembali ke berat asal after 4 bln hanya dgn susukan ank..no diet or specific excercise.rasanya jg ank2 pun dh mcm satu excercise

    BalasPadam
  5. Masa menyusukan anak memg slim....nih ank ank pun dh besar bdn ummi die naik dgn jayanya..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan