GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nilai Kemaafan!

Maaf... Mudah diucap tapi tinggi nilainya jika orang tahu menilainya... 
Apakah nilai sebuah kemaafan bagi kesilapan yang sama... Mampukah memaafkan bagi kesalahan yang sama... Bila memikirkannya terasa sakitnya hati... Ahh!!! Ada apa dengan maaf itu, sedangkan kau asyik melakukan kesalahan yang sama... Tapi pabila renungkan... Bahawa Allah tetap ampunkan kesalahan hamba-Nya walaupun hamba-Nya berulang kali melakukan salah yang sama... Memang kita bukan Tuhan, tapi tak berhak menghukum.


Memaafkan sifat mahmudah... 
Mudah diucap susah nak peliharanya... 
Orang yang meminta maaf orang yang mulia...
Orang memberi maaf itu terlebih mulia...

"Orang yang lemah tidak akan memaafkan kerana kemaafan itu lahir dari jiwa yang kuat."

"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi."


Ya Allah, jadikan aku orang yang mudah meminta maaf dan memaafkan orang lain... 
Walau hatiku berulang kali dilukai, tapi bukan kerana manusia aku rasai begitu, tetapi Allah hendak aku rasa begitu, kerana Allah rindukan rintihan kita, rayuan kita, tangisan sujud kita... 
Terima kasih Allah, atas teguran-Mu... 
Terima kasih Allah, atas kasih sayang dan rahmat-Mu...
Terima kasih Allah.... 

6Ulasan

  1. amin..amin..mari sama2 muhasabah diri :)

    maria umur bpe eh? dah kahwin kan? xtahu nk pgil kak ke..takut kite ni sbaya ke ape.. :)

    BalasPadam
  2. Subhanallah walhamdulillah... Allahuakbar...

    BalasPadam
  3. Memafakan itu satu sifat terpuji ...
    Sifat baginda Rasulullah SWA

    BalasPadam
  4. Memaafkan juga akan mmberi ketenangan hati kpd si pemaaf,insyaAllah

    BalasPadam
  5. Kalau kita memaafkan org lain in shaa Allah hati kita akan tenang

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ