GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Buat Sambutan Hari Lahir


Soalan : Saya ingin mendapat pandangan ustaz berkenaan dengan amalan menyambut hari jadi ahli keluarga dan ulang tahun perkahwinan. Apa hukumnya?

Jawapan;
Mengadakan sambutan hari lahir dan hari perkahwinan adalah harus dengan syarat tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang ditegah Syarak (yakni Allah dan Rasul). Islam mengharuskan untuk kita melahirkan perasaan gembira terhadap anugerah Allah kepada kita dengan sebarang cara asalkan tidak menyalahi Syari’at yang wajib kita ikuti. Sekalipun sambutan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., namun itu tidak menjadi alasan untuk mengharamkannya kerana kita hanya ditegah melakukan perkara baru (yakni Bid’ah) dalam hal-hal agama. Adapun dalam hal-hal keduniaan, terserah kepada kita asalkan jangan sampai melanggari ketetapan Syari’at yang sedia ada. Islam adalah agama yang sentiasa memberi kelapangan kepada manusia.

Selain hari lahir dan hari perkahwinan, diharuskan juga kita menyambut hari-hari bersama dalam Negara dan masyarakat. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan dalam fatwanya; “…Adapun perayaan-perayaan Negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syari’at yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut”.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Baina as-Sail Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Muhammad Bakar Ismail (salah seorang ulamak al-Azhar), hlm. 325.
2. Fatawa Mu’ashirah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 3, hlm. 673.

Sejak kecil aku tak pernah pun sambut hari lahir, Hari lahir berlalu begitu saja.. mungkin sekadar ingat sendiri aje.. sebab tu bila dah dewasa, tak kisah pun jika hari lahir itu tak diucapkan atau tiada hadiah... Tiada apalah hari lahir... Bahkan bila dihitung-hitung, hari lahir sebenarnya mengingatkan kita dengan kematian... Semakin bertambah umur kita, semakin hampir kita dengan kubur... Jadi, aku biasakan begitu juga untuk anak-anak, sekadar ingatan tapi tak pernah ada sambutan istimewa... Yang penting doa dan amalan secara istiqamah... Ehh! Ni cara aku ea... aku tak menidakkan cara orang lain.. Terpulang kepada individu masing-masing.. sebab hukumnya pun harus.. buat tak buat tak berdosa pun kan... cuma didiklah anak-anak kita supaya bersederhana dalam sambutan hari lahir... Usah bazirkan dengan baling-baling tepuk, mengenakan orang yang disambut hari lahirnya, dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan... Doa itu lebih baik dari sambutan yang ikut cara barat... 

4Ulasan

  1. timm pun xpernh smbut besday..tiap kali besday bukn dduk dgn famili..kwn2 slalu buat mkn2..

    BalasPadam
  2. ada juga smbtkan untuk anak2 kecik..niat sekadar nak gembirakan hati anak2..terkenang dia sampai minta lg bufday hari2 huhuhu

    BalasPadam
  3. T kasih atas perkongsian.. kdg2 terfikir juga yg kita biasanya menyambut hari lahir ikut kalendar masihi.. yg tarikh lahir sebenar kiraan tahun Hijrah ramai yg tak perasan...

    BalasPadam
  4. CN dr kecil dh biasa dgn ucapan selamat dr parent,smpai skarg ayh CN slalu jd,org pertama yg mengucpkn hppy bday :-D

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ