“Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat, maka ia termasuk sunnah Rasulullah saw:
1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
Apabila tetamu datang, maka segeralah menjamu minuman dan makanan setakat mana yang termampu.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
Apabila berlaku kematian, segerakan mengurusakan urusan pengkebumian... Sebaik-baiknya, di mana dia meninggal, di situlah si mati akan dikebumikan. Jangan bertangguh dan berlengah.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
Apabila, anak gadis mencapai usia yang sesuai untuk dikahwinkan, maka ibu bapa perlulah bersegera mencari jodoh untuknya. Mengahwinkan anak gadis adalah tanggungjawab ibu bapa. Maka haruslah disegerakan.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
Apabila berhutang, segerakan membayarnya apabila mempunyai lebihan harta.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannya.
Segeralah bertaubat dan beristgfar pabila tersedar dari dosa.. Kerana takut-takut pabila bertangguh taubat, semakin gelap hatinya...
terima kasih untuk perkongsian ni
BalasPadamPeringatan yg sgt baik... t kasih.
BalasPadamSetuju..tetamu yg datang pembawa rezeki
BalasPadamperkongsian yang baik. terima kasih
BalasPadamThanks for the advice maria... :D
BalasPadamRegards,
-Strider-
InsyaAllah..
BalasPadam