GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Fahami Makna di sebalik Air Mata Wanita!

Sumber: google images

Insan bernama wanita ini sememangnya memiliki hati yang lembut. Mereka mudah tersentuh dan menitiskan air mata terhadap perkara-perkara yang telah menebuk naluri dan hati kecilnya. Namun, bagi segelintir golongan lelaki khususnya mengganggap perlakuan wanita yang begitu rapuh hatinya itu adalah sesuatu yang pelik dan lemah. Apa yang pasti, bukan mudah untuk seorang lelaki memahami perasaan seorang wanita apatah lagi menyelami perasaan unik mereka.

·         Hormon
Hormon wanita menjadi tidak stabil terutama ketika mereka datang bulan. Tekanan yang selama ini dianggap biasa akan menjadi bebanan besar buat wanita hinggakan mampu membuatkan mereka menangis. Ramai wanita juga mengakui mereka lebih kerap menitiskan air mata ketika haid. Untuk itu, elakkan daripada memberi sebarang tekanan atau masalah kerana dikhuatiri situasi kecil tersebut bakal menjadi kronik.

·         Manipulasi
Memang sukar dinafikan bahawa terdapat beberapa wanita yang gemar mewujudkan manipulasi terhadap lelaki untuk mengelak dirinya dimarahi. Akibat lemah melihat air mata wanita menyebabkan lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk memberhentikan tangisan berkenaan. Walaupun adakalanya berjaya, namun cuba elakkan diri daripada menggunakan taktik ini untuk menarik perhatian.   

·         Luahan emosi
Tidak semua wanita menangis kerana ingin memanipulasi seseorang. Kebanyakannya menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Berbeza daripada lelaki yang mementingkan pertimbangan, wanita lebih terarah untuk mengekspresikan sesuatu tindakan mengikut emosi mereka berbanding pertimbangan.   

·         Kemarahan
Jika lelaki lebih mudah menunjukkan kemarahan mereka dengan kata-kata, wanita pula lebih cenderung menzahirkan amarahnya dengan tangisan. Dengan cara ini, wanita berasa lebih tenang dan ia pastinya alternatif terbaik untuk mereka meluahkan perasaan marah.

·         Memori
Benar, pemikiran wanita begitu kompleks dan sukar difahami oleh lelaki. Ketika sedang bergembira pun wanita boleh menangis apabila teringat kepada sesuatu peristiwa. Kajian turut menunjukkan wanita lebih banyak mengingati detik kehidupan yang pernah dilalui berbanding lelaki. 

Memang wanita mudah menangis dan mudah tersentuh hatinya... tambah-tambah bila mengandung, sensitifnya tu lain macam... Hati seorang ibu lagilah sikit-sikit menangis.. Memang lelaki pun tak faham kengkadang... Hati wanita lembut, sekeras mana pun wanita pasti lembut jua... Namun begitu, hati wanita boleh jadi keras dan kental bila selalu diuji dan dikecewakan.. 

9Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ