GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Asas Khusyuk Solat

Sumber: fb

Bukan sesuatu yang mudah nak khusyuk solat, namun tetap kena berusaha untuk mencapai khusyuk solat. Kerana orang yang lalai dalam solatnya Neraka Wail tempatnya seperti mana firman Allah yang bermaksud: “Neraka Wail bagi orang yang sembahyang iaitu mereka yang lalai dalam sembahyangnya.” (Ayat Al Maun: 4 & 5)

Amalan asas untuk khusyuk solat meliputi amalan sebelum solat:

1. Bersihkan tubuh badanmu
Sempurnakan wudhukmu. Kesempurnaan solat bermula dari berwuduk. Jangan membazir ketika berwuduk kerana, membazir amalan syaitan. Kalau dah awal-awal sebelum solat dah ikut amalan syaitan bagaimana nak capai khusyuk solat kan.

2. Bersihkan pakaianmu
Pakaian mestilah yang bersih serta tidak bergambar. 

3. Bersihkan tempat solatmu
Tempat solat mestilah bersih serta jangan gantung gambar-gambar yang boleh mengganggu.

4. Bersihkan fikiranmu
Bersihkan fikiranmu dari mengingati dunia. Fokus! Fokus! Fokus! untuk jumpa Allah.

5. Bersihkan hatimu
Bersihkan hati dari sifat riak, ujub dan takbur. Hati bersih jiwa pun tenang. Solatlah semata-mata kerana Allah... 

Jom, sama-sama kita bersihkan mental, fizikal dan hati sebelum solat supaya kita dapat khusyuk solat dan jadikan solat kita solat yang berkualiti untuk dipersembahkan dihadapan Allah... insha Allah.  

7Ulasan

  1. in sha Allah..solat membawa ketenangan

    BalasPadam
  2. Jom sama-sama kita perbaiki solat kita..Salam Jumaat Maria..

    BalasPadam
  3. TQ sharing sis... berusaha utk perbaiki sholat dr masa ke semasa..moga dipermudahkan...

    BalasPadam
  4. In shaa Allah.. akan senantiasa perbaiki segala amalan...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah perkongsian yg bagus maria

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ