7 jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Beri Makan Kepada Bayi

Maria Firdz
5
Sumber: google images

Bayi begitu sensitif di saat mereka dilahirkan. Banyak perkara tentang seorang bayi yang perlu difahami dan diketahui oleh ibu bapa terutamanya. Baik dari segi penjagaan luaran mahupun dalaman seorang bayi. Oleh itu, tidak semua perkara yang baik untuk dewasa adalah baik untuk bayi. Berikut adalah jenis-jenis makanan yang sememangnya sangat baik untuk keperluan seorang dewasa namun tidak sesuai sekali diberi kepada seorang bayi.

Garam
Garam perlu dielakkan sehingga bayi berusia 12 bulan. Buah pinggang bayi dipercayai masih belum cukup matang untuk memproses garam pada usia ini.

Gula
Gula yang berlebihan tidak diperlukan untuk pertumbuhan seseorang bayi. Gula hanya akan menyumbang tenaga (KJ) tanpa sebarang nutrisi yang baik. (Gantikan manis dengan kismis atau kurma)

Madu
Bayi di bawah umur 12 bulan tidak digalakkan memakan madu kerana kemungkinan kewujudan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi. (madu aku pernah bagi tapi setitis sahaja dicampur dengan 3 titis air zam-zam untuk buat penawar batuk dan selesema... insha Allah niat nak buat ubat je).

Jus buah pekat
Jus perlu dicairkan dalam nisbah 1 bahagian jus : 10 bahagian air.

Putih telur
Putih telur boleh menimbulkan reaksi alergik, oleh itu dinasihatkan tidak diberi kepada bayi di bawah umur 12 bulan. Bagaimanapun kuning telur boleh mula diberi kepada bayi yang berusia 9 bulan ke atas.

Susu lembu
Susu lembu hanya boleh diberi sebagai minuman utama bayi yang berusia 12 bulan ke atas. Susu lembu tidak mempunyai vitamin dan mineral penting yang cukup untuk pertumbuhan bayi.

Susu rendah lemak
Jangan beri susu rendah lemak, susu cair mahupun susu tanpa lemak sebagai permulaan kepada bayi anda. Makanan rendah lemak tidak akan memberi tenaga yang cukup untuk pertumbuhan yang sepatutnya.

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !