GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Cerdaskan Minda Anak!

Tips Cerdaskan Minda Anak!
Sumber: google images

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, di tahap ini urusan mendidik dan mengasuh adalah lebih mudah. Hanya penting ketika ini adalah kesediaan dan kecukupan ilmu ibu bapa dalam mengajar mereka. Dan pastinya ibu bapa mahukan anak-anak mereka membesar dalam keadaan yang sihat lagi bijak.

Namun, sekiranya tidak diketahui cara atau kaedah mendidik tersebut, keinginan untuk memiliki anak yang bijak itu sedikit sebanyak terjejas. Dengan adanya panduan serta kaedah seperti  berikut, ibu bapa jangan lagi berasa bimbang. Semoga dengan mempraktikkan panduan ini, anak-anak anda lebih bijak.

Tips Cerdaskan Minda Anak!


Kurangkan menonton TV

TV disifatkan boleh merosak ketrampilan mental dan mensia-siakan waktu untuk perkembangan otak si manja. Sebaiknya, buka ruang untuk si manja lebih banyak berbual.

Bahasa penting untuk pembelajaran anak-anak dan bahasa yang diperoleh menerusi program  televisyen selalunya tidak sesuai dengan keperluan si manja. TV tidak akan menjawab pertanyaan atau melayani keinginan si manja. Di mana perkara inilah yang membuat si manja pintar.

Hasilkan buku binatang

Ketika melawat zoo, ambil gambar-gambar haiwan di sana untuk diabadikan di dalam buku khas. Kemudian, keraplah membaca buku itu bersama-sama sambil menamakan dan membuat bunyi-bunyi binatang terbabit.

Beriadah

Dorong si manja untuk mengamalkan cara hidup yang sihat dan aktif. Luangkan masa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk berjogging atau mengajak si manja bersama-sama melakukan aktiviti luar rumah yang boleh mengeluarkan peluh. Aktiviti menyihatkan ini membantu merangsang otak si manja agar lebih cergas dan cerdas.

Nyanyikan lagu untuknya

Ada kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitannya dengan pembelajaran matematik. Oleh itu, belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau reka lagu sendiri untuk dinyanyikan kepadanya.

Main dengan warna

Pilih satu warna dan suruh anak cari objek lain yang sama warna sewaktu anda meluangkan masa dengannya. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

Guna kad imbasan

Gunakannya untuk mengajar anak mengenal A-B-C atau 1-2-3. Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan. Dalam tempoh seminggu, lihat kesannya. Pasti dia dapat menghafal perkataan dan nombor yang anda perkenalkan kepadanya.

Buat kraf tangan

Melakukan kerja kraf bererti kita mengerah otak kanan. Jadi, ajak anak anda bermain tanah liat, menggunting kertas, membuat origami dan lain-lain.

Bermain teka teki

Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi petunjuk seperti warna atau bunyi. Ia dapat mengaktifkan otak kanan.

Doa sambil nasihat

Tips Cerdaskan Minda Anak!
Sama ada sebelum anak tidur, sedang tidur atau baru bangun tidur, ambil sedikit waktu untuk membacakan doa sambil mengusapkan kepalanya dan pada masa yang sama memberi nasihat berguna. 
[sumber: http://mingguanwanita.karangkraf.com]


12Ulasan

  1. perkongsian yang baik, belum pernah cuba kad imbasan lagi

    BalasPadam
  2. tips yang sangat bagus. terima kasih diatas perkongsian ini.

    BalasPadam
  3. kta ni bby mmng x lahir lagi.. tapi dah niat nanti bila bby lahir dapat didik dia betul2. insyaAllah.. moga2 terlaksana niat tu..

    BalasPadam
  4. CN slalu main dgn buku berwarna yang besor2 tu, mmg interactive, tp budak2 yang aktif ni tak tahan lama dengan buku, cepat jer bosan ;)

    BalasPadam
  5. Betul nak bg anak cerdik kurgkan tgk tv

    BalasPadam
  6. Sangat Setuju dengan Admin...Amat2 bermanfaat

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ