Sejauhmana Kepentingan HALAL bagi Produk Kesihatan dan Kecantikan???

8
Sejauhmana kita pentingkan halal dan selamat bagi sesuatu produk???

Produk makanan, kesihatan dan kecantikan kat pasaran tak semua ada status halal walaupun buatan Malaysia. Bukan senang nak dapat status halal JAKIM, tapi jika anda pengusaha yang mementingkan maslahah umum, pasti berusaha untuk dapatkan status halal. Sebenarnya, kebanyakan pengusaha bukan Islam berusaha lebih untuk dapatkan status halal ni... 

Kalau siapa rajin tengok Ejen Halal kat TV al-Hijrah dapat la tengok cara macam mana pengusaha-pengusaha produk nak minta pengesahan status halal JAKIM... Bagi produk luar negara pun ada status halal juga, tapi pastikan yang diiktiraf JAKIM... 

Tak semua orang pentingkan status HALAL, tapi bagi aku Logo halal tu sebagai penguat mengatakan itu halal, dan berdasarkan ramuan yang tertera pada pembungkusan sesuatu produk. Jika kita tahu ramuan memang halal, tapi tiada logo atau status halal masih tak meyakinkan... sebab bagi status halal Jakim, bukan ramuan sahaja diambil kira tapi, cara perniagaan dan juga cara pemprosesan sesuatu produk. 

Kalau produk yang memang kita tahu jiran kita proses tu halal ok la.. contohnya kopi kampung, kita tengok mak cik tu buat camne, tak kisah la takde logo halal pun... kalau kerepek pisang ke, apa kerepek pun, kalau kita tahu cara pembuatannya memang bersih dan halal xpe la kan.. Ni produk untuk dikomersialkan memang patut mohon status halal, sebab ada pengguna yang memang kisaahkan status halal ni ea.. 

Ok, bagi pengguna pula.. ni cara nak kenal logo halal JAKIM yang sebenar... 

Biorlah lama sikit belek status halal ni. janji selamat...
Sumber: Page JAKIM

Ni pula untuk produk luar negara
Yang dipangkah tu telah ditarik balik status halalnya oleh JAKIM... boleh rujuk Page JAKIM
Sebenarnya, pengalaman aku berurusan dengan dua syarikat produk kecantikan dan kesihatan. Satu kompeni tu, memang bagus feedback bila aku tanyakan status halal dan kelulusan KKM, sebab aku semak kat web halal dan BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal, KKM) tak jumpa... jadi diorang balas email, memberi link kod yang betul... 

Tapi bagi syarikat yang kedua (syarikat lain), aku tanya juga sebab ramai orang guna, tapi amat mengecewakan... sebab mendakwa bahan yang digunakan halal, jadi halallah produk tu... seperti aku katakan halal bukan sekadr ramuan yang digunakan, tapi banyak proses lain juga. 

Jadi, produk pertama aku terus jadi beli dan gunakan sampai sekrang... dan produk kedua aku terus cancel membelinya walaupun ramai memberi review yang bagus dan berkesan. Harap maaf la.. aku amat pentingkan halal tu sebab kamu pengusaha Islam Malaysia kan... 

Mungkin ada kata aku cerewet kan... tapi bab halal ni memang aku cerewet, sebab apa kita makan, pakai jadi darah daging dalam kehidupan harian... aku hanya berkongsi pengalaman dan pandangan...bukan nak kata aku bagus ke hapa... tapi jika bukan kita orang Islam yang pentingkan halal, habis siapa lagi... 

Catat Ulasan

8 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. risau juga sekarang ni bila orang sewenangnya permainkan isu halal

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. sekarang produk tumbuh macam cendawan. kena hati2 dalam memilih. sheila jarang sangat nak guna produk2 ni. takut sebenarnya. hehehe

    BalasPadam
  3. sekarang senang nk check status halal..semua dihujung jari ;)

    BalasPadam
  4. Betul tu Maria..Semua pengusaha patut bagi keutamaan kepada keperluan HALAL ni. Dan sebagai pengguna kita wajib pilih sesuatu yang kita yakin. kerana implikasinya besarkan. Cuma tak semua pengusaha faham dan nak mengambil initiatif untuk mengesahkannya..

    BalasPadam
  5. Sekurang kurangnya ada logo halal....barulah kita tak was was nak pakai atau nak makan

    BalasPadam
  6. Soal halal dan haram memang sgt penting dan tidak boleh di ambil mudah...salam selasa Maria..

    BalasPadam
  7. aiza kalau keluar membeli belah dengan mak mesti kena pilih betul-betul.. mak aiza kalau makanan dah siap bungkus ni dia akan suruh semak ada tanda halal ke tak dan bila tarikh luput produk tu.. kalau tanda halal yang bukan JAKIM cop tu memang mak tak bagi ambil.. antara syarikat bumiputera dengan bukan bumiputera, mak aiza akan suruh ambil yang bumiputera islam buat, katanya nak menyokong orang islam..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan