Recents in Beach

Tips dan Hukum Memakai Minyak Wangi!

Sumber: google images

Minyak wangi macam mana menjadi pilihan??? Kalau aku dan suami suka bau yang lembut. Biasanya beli satu je minyak wangi dan kami kongsi pakai bersama. Minyak wangi yang bebas alkohol menjadi pilihan, walaupun alkohol minyak wangi boleh dipakai dalam solat, tetapi mencari yang lebih baik (bebas alkohol) tu lebih baik... Beberapa tip memakai minyak wangi supaya tahan lama.

Tips Pakai Minyak Wangi

  • Minyak wangi berkesan kepada kulit yg panas dan mempunyai peraliran darah yg baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yg paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yg dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.
  • Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yg suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yg tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dgn pemakaian minyak wangi baru.
  • Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yg sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yg kurang menyenangkan. Senang kata, jangan campur pakai minyak wangi dalam satu-satu masa.
  • Minyak wangi boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Utk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jgn simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.
Mengapa bau minyak wangi berbeza2 bila dipakai oleh org berlainan?
  • Bau minyak wangi itu akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yg kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.
  • Suhu dan kelembapan yg berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh.
  • Minyak wangi adalah campuran bahan2 tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yg  baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dgn bau asal yg digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yg berterusan.
  • Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dgn peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.
  • Setiap org mempunyai  bau badan yg tersendiri. Semua bergantung kepada keadaan kulit masing2, gaya hidup dan pemakanan yg seimbang. Org lain mungkin sesuai dgn haruman yg digunakan tetapi kita tidak.
  • Deria bau seseorang juga tidak sama, ada orang kata lembut, ada orang kata keras baunya walaupun ianya adalah jenis minyak wangi yang sama dan kuantiti yg sama. 

Tips dan Hukum Memakai Minyak Wangi!


Harus
Secara umumnya hukum memakai minyak wangi adalah harus bagi wanita. Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak di haruskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud,
"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'i dari Abu Hurairah)

Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya, termasuklah memakai minyak wangi untuk menyenangkan suami.

Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita. Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,
"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (Riwayat al-Tarmizi)

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,

"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram
Haram bagi wanita memakai minyak wangi atau alat-alat solek yang berbau wangi di luar rumah berdasarkan hadis berikut,

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.
Sumber: http://johor.wanita.ikram.org.my

Jadi, HARAM wanita memakai minyak wangi ketika keluar rumah. Nak wangi, setakat secalit ataupun basuh baju buh downy je... HARAM ea sembur sampai lelaki ajnabi tertarik kepadanya macam dalam iklan minyak wangi kat TV tu ea... Pakai berpada-pada sudah la ea... Jangan berlebih-lebihan, tetapi bagi lelaki sunat berwangi-wangian ketika hendak solat atau ke masjid. 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. okje pun suka gak pakai minyak wangi ni ... suka bau vanila

    BalasPadam
  2. Satu perkongsian yang menarik. Saya suka dengan minyak wangi tetapi selalu lupa pakai minyak wangi.

    BalasPadam
  3. takut juga pakai minyak wangi yang terlampau mengoda bauan nya...tak pasal mendatangkan zina...huhu...

    BalasPadam
  4. aiza suka minyak wangi syahirah.. terima kasih di atas pencerahan mengenai hukum pemakaian minyak wangi ini..

    BalasPadam
  5. T kasih atas perkongsian & peringatan ini...

    BalasPadam
  6. saya memang mudah tertarik dengan minyak wangi yang berbau buah-buahan nie..tapi memang tak dinafikan ada sesetengah wanita bau minyak wangi dia sungguh kuat sampaikan kita yang dari jauh pun boleh bau..normally sy perasan time dalam tren...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  7. Kalo bjalan ke luar atau ke tempat kerja.. zara xpakai minyak wamgi.minyk wngi ni zara cuma pkai kalo kat ruma.. tu pun kalo bsama suami shja.. =).

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^