GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Atasi Ruam Bayi

Petua Atasi Ruam Bayi | Disebabkan kulit bayi yang dilahirkan begitu lembut dan sangat sensitif maka mudah baginya terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kulit. Ibu bapa jangan sesekali mengambil ringan perihal bayi anda kerana masalah penyakit kulit seperti ruam, amat mudah dihidapi bayi. Terdapat beberapa kategori ruam yang biasa dialami oleh bayi. 

Petua Atasi Ruam Bayi
Sumber image: Google


Di bawah berikut adalah jenis-jenis ruam berserta beberapa petua yang boleh dipraktikkan mengikut kemudahan dan kemampuan:

Jenis ruam pada bayi

Ruam Lampin

Bayi akan mengalami ruam lampin jika dia dibiarkan memakai lampin untuk satu tempoh yang lama kerana air kencing akan bertindak balas dengan kulit bayi seterusnya menyebabkan timbul bintik-bintik merah. Bintik ini boleh bernanah jika tidak dirawat degera. Oleh itu, pastikan kerap menukar lampin bayi untuk mengelak masalah ini.

Ruam Panas

Cuaca panas menyebabkan bayi berpeluh. Peluh-peluh yang terkumpul di celah pelipat tubuh kemudiannya akan bertindak balas dengan kulit bayi sehingga menyebabkannya mengalami keradangan. Memakaikan bayi pakaian yang sesuai adalah langkah terbaik mengelakkan mereka daripada mendapat ruam panas.

Ruam susu

Ruam ini juga disebut sebagai ‘kurap susu’. Masalah ini terjadi kerana lebihan susu yang meleleh ketika bayi minum tidak segera dibersihkan. Akibatnya berlakulah tindak balas bakteria dan fungus terhadap kulit bayi.

Petua tradisi atasi ruam bayi

1. Ragi 

Cara mengatasi ruam-ruam ini adalah boleh dengan menggunakan beberapa petua tradisional melayu. Seperti ambil sebiji ragi bersaiz sederhana dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, ayak dan campurkan dengan bedak talkum. Sapukan pada kulit bayi.

2. Air kanji

Petua yang kedua adalah, tanak nasi sehingga menjadi bubur. Kemudian, ambil sedikit dan letakkannya ke dalam kain jarang. Ikat dan picit sehingga keluar kanjinya. Air kanji yang keluar itu kemudiannya disapukan pada tempat yang meruam.

3. Tepung ubi

Ketiga,  dengan mengambil satu senduk tepung ubi kayu dan masukkan ke dalam kain jarang dan bungkus. Selepas anak mandi, sapukan bungkusan tepung ubi tadi pada bahagian yang ada ruam. Lakukan dua kali sehari.

4. Tepung kanji dan bedak bayi

Cara yang seterusnya, menggunakan tepung kanji dan sedikit bedak bayi, kemudian lumurkan pada bahagian badan yang ada ruam.

5. Bedak sejuk

Selain itu, bedak sejuk  (bedak yang diperbuat daripada beras), tumbuk halus dan sapukan pada bahagian tubuh yang dijangkiti ruam.

6. Daun sirih

Akhir sekali, gunakan dua helai daun sirih muda bersama sedikit air dan ketepikan. Selepas itu, tumbukkan ibu kunyit sebesar jari kelingking. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan bancuh bersama bedak sejuk. Sapukan pada kulit yang terkena ruam. 
Sumber: Mingguan Wanita

Untuk elakkan ruam susu, bersihkan atau lapkan mulut atau badan bayi yang terkena susu tu cepat-cepat selepas menyusu. Jangan biarkan susu kering sendiri pada kulit bayi. 

Cara mudah rawat ruam, ialah dengan amalkan menyapu minyak zaitun atau minyak kelapa dara selepas mandikan bayi... selain menghangatkan badan bayi, ia juga merawat kulit supaya lebih tahan alahan. elakkan sapu bedak atau sapu losyen kerana kandungan bahan kimia yang kita tak tahu kesan jangka panjangnya... Jadi menyapu minyak yang diproses semula jadi itu, alternatif yang lebih baik...insha Allah... 

7Ulasan

  1. Oh.. baru tau ni. Dulu pakai bedak je.. thanks sharing...

    BalasPadam
  2. CN salalu guna nappy rush krim yang kaler pink tu, mmg berkesan utk apa jua jenis ruam ;)

    BalasPadam
  3. tepung ubi tu mmg org kg selalu gunakan tak payah beli bedak, beli tepung ubi je.
    sbb tgk anak sepupu hri tu maklang buat mcm tu

    BalasPadam
  4. Info yang menarik mengenai petua untuk merawat pelbagai jenis ruam seperti ruam lampin. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana ada produk-produk susu formula yang boleh menyebabkan alahan kulit. Alahan kulit boleh meningkatkan risiko mendapat ruam lampin dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya, kita memberikan susu badan kepada anak kita.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah! Terima kasih atas perkonsian. saya try ubat kampung pakai bedak ruam bayi powder memang berkesan untuk anak saya yg ada ekzema (Psoriasis)

    Penawar Psoriasis, Ruam Bayi Dan Semua Jenis Penyakit Kulit

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ