GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin


Kerisauan biasa ibu selepas bersalin adalah untuk mendapatkan kembali badan langsing. Kadang kala hati  jadi cemburu melihat  ada teman yang masuk kerja selepas bersalin dengan bentuk badan asal seolah-olah tidak mengandung sebelum ini. Apa rahsianya?   Mungkin ada sesetengah wanita dikurniakan kelebihan mudah menurunkan berat badan yang bertambah sepanjang kehamilan.  Tetapi ada pula wanita yang sudah setahun melahirkan anak masih lagi kekal dengan bentuk badan seperti zaman mengandung.

Bukannya malang! Tetapi mungkin kadar metabolisme wanita tersebut yang agak rendah menyebabkan kesukaran untuk kembali langsing. Mungkin juga faktor tidak mengambil berat tentang kaedah terbaik mendapatkan kembali badan sebelum hamil.

Tip berikut boleh dijadikan panduan bagi yang prihatin terhadap bentuk badan selepas bersalin.

Ambil herba tradisional
Umum mengetahui kehebatan khasiat herba tradisional yang membantu menstruktur kembali organ dalaman yang terjejas dalam proses melahirkan anak. Perawatan secara semulajadi ini mengambil masa tetapi meninggalkan kesan berpanjangan. Antara herba terkenal khusus untuk ibu lepas bersalin seperti daun sireh, manjakani, temulawak dan pelbagai lagi.

Menyusukan bayi secara eksklusif
Mudah dan percuma. Satu lagi kaedah mudah membakar kalori dengan pantas dan menurunkan jumlah berat badan dengan banyak sepanjang tempoh berpantang.

Bengkung
Amalan memakai bengkung memang sudah terbukti. Buat perbezaan di antara ibu selepas bersalin yang mengamalkan pemakaian bengkung dan yang tidak langsung berbengkung. Pasti anda dapat melihat bagaimana rampingnya ukuran pinggang dan kempisnya perut mereka. Jadi jangan malas berbengkung sepanjang berpantang!

Makan berkhasiat
Jangan degil untuk berpantang makan. Bukan bermaksud ibu hanya makan ikan kering sepanjang tempoh berpantang tetapi amalkan pemakanan sihat dan berkhasiat yang mampu memberi tenaga tetapi tidak menggemukkan.

Kembali bersenam
Rajinkan diri melakukan senaman ringan. Ada beberapa jenis gerakan senaman yang boleh dilakukan bagi membantu proses membakar lemak yang berkumpul. Selepas habis tempoh berpantang, anda boleh buat senaman berjalan di taman reakreasi sambil menolak stroller bayi. Selain dapat menghirup udara segar, ia dapat mengeluarkan peluh dari badan.

Sumber: Majalah PaMa

Petua tambahan:
  1. Sapu bancuhan air limau nipis bersama kapur makan di perut...untuk hilangkan perut buncit.
  2. Bertungku... Bertungku dapat kuruskan badan dan juga menguatkan rahim.
  3. Jangan makan berselang-seli dengan air untuk mengelak perut buncit.
  4. Jika badan sukar kembali ke asal, cuba semak kadar metabolisme badan. Sukar kembali ke berat asal walaupun menyusu badan adalah disebabkan kadar metabolisme badan yang rendah, jadi kena makan makanan yang boleh meningkatkan kadar metabolisme badan atau ambil supplement yang boleh menstabilkan metabolisme badan seperti minyak kelapa dara...
  5. Kurangkan minum ais dan biasakan minum air suam atau air kosong... 

5Ulasan

  1. sy mmg percaya fully bf ni boleh buat kita kurus..sy tak bersenam pun, makan pun kuat,tp bila anak menyusu kalori dibakar,sbb tu berat susah naik..hehe

    BalasPadam
  2. Saya pun yakin bf sangat bagus untuk kembali langsing.. Kalau dalam pantang makan memang tak ingat..tekak pula sentiasa dahaga

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ