Manusia yang Bijak!

Maria Firdz
5
Sumber: google images

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.” [Riwayat: at-Tirmizi]

Huraian Hadith: 
  1. Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong.
  2. Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat.
  3. Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat.
  4. Wajib bagi seseorang mengelakkan diri daripada dikuasai oleh hawa nafsu yang akan membawa kepada kehancuran diri dan agama.
Sumber: JAKIM

Hidup di dunia jika difikirkan tentang dunia memang tak kan pernah puas dan habis, tetapi jika hati sentiasa jadikan dunia sebagai tempat bekalan akhirat, insha Allah hati akan tenang dan redha dengan apa yang ada.

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. T.kasih di atas peringatan dan perkongsian...salam Isnin Maria

    BalasPadam
  2. Semoga kita semua tergolong dikalanga org2 yg bijak di dunia & akhirat... aamiin..

    BalasPadam
  3. alhamdulilah entri yang sangat bermanfaat ,jadikan di dunia sebagai bekalan kita di sana nanti

    BalasPadam
  4. Entri ni banyak mengingatkan tentang diri saya sendiri. thanks Maria

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !