GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Tanda Kurang Darah!

Ramai yang menganggap tanda-tanda di bawah adalah perkara biasa apabila tidak mengambil pemakanan yang seimbang dan tidak cukup tidur. Hakikatnya, jangan ambil mudah kerana tanda-tanda di bawah adalah akibat tubuh anda kekurangan zat besi.

Sumber: google images
Keletihan melampau
Tubuh kita memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin, di mana sel darah merah membekalkan oksigen. Sekiranya anda tidak mempunyai sel darah merah yang sihat dan mencukupi, tubuh anda mula menunjukkan rasa keletihan melampau.

Semput
Masalah ini sering terjadi sama ada anda berada di gim atau sekadar berjalan menuju ke kereta. Hal ini kerana kurangnya zat besi di dalam darah menyebabkan tubuh kekurangan oksigen.

Kulit pucat
Usah berbangga memiliki kulit pucat ala-ala watak dalam filem "Twilight". Ia bukan petanda yang bagus! Kulit anda tiba-tiba pucat kerana kekurangan sel darah merah dalam tubuh.

Mengganggu senaman
Anda berusaha untuk bersenam lebih lama malangnya anda lebih cepat penat dan ia mengganggu rutin senaman anda. Sebenarnya, ia petanda tahap zat besi anda pada kadar rendah sehingga menyebabkan anda seperti mahu pitam.

Kesakitan otot
Sebaik saja anda keluar dari pusat senaman, anda mungkin merasa sakit otot yang berpanjangan dari sebelumnya. Tidak mempunyai zat besi yang mencukupi akan menyebabkan otot tidak berupaya untuk memulihkan kesakitan yang dialami.

Kuku rapuh
Meskipun anda cuba menyembunyikan masalah kuku rapuh dengan mengunjungi pusat kecantikan kuku, maaf kerana ia tidak mungkin dapat membantu anda! Selagi anda kekurangan zat besi, anda akan berdepan dengan masalah kuku yang mudah rapuh, patah dan tidak cantik.

Sering sakit
Jangan ambil mudah apabila anda sering demam atau jatuh sakit. Hal ini boleh terjadi akibat tubuh kekurangan zat besi yang diperlukan.

Tunggu apa lagi, banyakkan stok menu seperti bayam rebus, kerang bakar atau jus belimbing untuk menambah darah!

Kengkadang memang aku sendiri ada tanda-tanda ni... Memang keturunan anemia juga... Salah satu petua, amalkan makan buah delima atau nak lagi mudah amalkan pati delima gulsan, sesuai untuk semua peringkat umur... ibu mengandung untuk kekalkan Hemoglobin darah dan lepas bersalin pun elok tenaga dalaman. 

6Ulasan

  1. Thanks Maria..kita pun ada jugak tanda-tanda ni..bahaya ni..he..he

    BalasPadam
  2. hmmm.. 1 2 3 ade.. huhu.. kena mkn banyak mknn tambah darah ni.. huhu

    BalasPadam
  3. T.kasih atas perkongsian...kena awasi juga kan tanda2 ni...

    BalasPadam
  4. Sama sama.kena mik tau...kdg kdg tanpa sedar kita xtau kita kurg drh

    BalasPadam
  5. kakak aiza juga mengidap anemia ini.. sekarang dia mengamalkan produk shaklee..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ