Tempat Ajaib bagi Bayi!!!

Maria Firdz
6
Sumber:google images
Kenapa rahim ibu adalah tempat yang paling selamat dan ajaib? 

1- Allah sendiri yang berfirman dalam Surah al-Mu’minun, “Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia daripada satu sari pati dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) di tempat yang kukuh (rahim)”. 

2- Pernah tengok bayi lahir tak cukup bulan? Biasanya, bayi lahir pramatang kena duduk dalam inkubator untuk satu jangkamasa tertentu. Kenapa inkubator? Sebab, inkubator direka fungsinya sebagai pengganti rahim ibu. Mestilah inkubator ni dipasang macam-macam teknologi perubatan demi kelangsungan bayi tadi, tapi bayi ini masih lagi ada risiko terkena jangkitan. 

3- “Bilik” paling kebal dari sebarang ancaman. Macam-macam ancaman. Bunyi bising, asap kenderaan, asap rokok bapak dia, pelbagai siri gegaran. 

4- Kedudukan rahim. Duduknya rahim adalah dalam ruang pelvis (ruangan antara tulang pinggul dan paha). Kedudukan istimewa ni sangatlah sesuai untuk perkembangan awal janin. Fuh, hebat! 

5- Suspensi yang baik. Urat-urat kenyal yang menjadi jambatan penghubung antara tulang pelvis akan menebal dan memanjang. Inilah datangnya sistem kestabilan terbaik untuk menahan sebarang gegaran dan asakan! 

6- Otot-otot rahim yang kuat. Otot endometrium ni memang otot-otot yang kuat sehinggalah membolehkan kontraksi (sakit nak bersalin) berlaku semasa proses kelahiran. 

7- Rahim mampu membesar 20 kali ganda saiz asal dan menampung 1000 kali ganda kapasiti asal! Tak hairanlah, ada yang mampu lahirkan kembar 7! 

8- Sistem pertahanan. Biasanya, kalau badan kita dimasuki objek asing, secara automatik sistem imun kita akan menyerang dan membunuh objek asing tadi. Tapi tidak dalam kes bayi dalam kandungan rahim ibu. Secara logiknya, hampir 50% genetik bayi adalah daripada si bapa (bukan makhluk asing). Jadi, sepatutnya bayi tadi ditolak oleh sistem imun ibunya, tapi ini tak berlaku! Menarikkan? 

9- Janin bebas jangkitan. Contohnya, kalau si ibu positif HIV, janin dalam rahimnya adalah selamat daripada jangkitan HIV! Jangkitan hanya berlaku jika berlaku percampuran darah semasa proses kelahiran. Subhanallah!

Admin : Dikaulah wanita terpilih yang telah dianugerahkan Allah akan keajaiban ini. Jagalah ia. Syukurilah ia. Seadanya tidak tapi sebaik mungkin. Mengapa? Kerna di sana, ramai di antara kita yang mempunyai rahim tetapi tidak terpilih untuk melahirkan..

Lelaki ada nama Rahim, tetapi tiada Rahim... Rahim juga adalah sama nama dengan salah satu asma al-husna..iaitu ar-Rahim yang bermaksud Maha Penyayang... Kerana itulah bayi dilindungi dalam tempat ajaib, dan kenapa rahim hanya dikurniakan kepada wanita, iaitu kerna sifat kasih sayang yang ada pada wanita.. Itulah fitrahnya kejadian Allah... 

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. perkongsian yg menarik. dpt ilmu diptg hari tima kasih kak

    BalasPadam
  2. tak sabar nk preggy lg utk anak ke2..moment paling indah adalah semasa preggy ;)

    BalasPadam
  3. Kuasa Allah.. Rahim= Penyayang..tmpat anak2 kita sblm menjenguk dunia...

    BalasPadam
  4. setiap ciptaan Allah pastinya yang terbaik dan ada hikmah di sebaliknya..

    BalasPadam
  5. setiap ciptaan Allah pastinya yang terbaik dan ada hikmah di sebaliknya..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !