GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kebaikan Membotakkan Rambut Bayi

Sumber: google images

"SUDAH buat majlis bercukur rambut ke belum?" Lontaran pertanyaan itu biasa ditanya apabila melihatkan bayi yang lebat rambutnya kepada ibu atau bapa muda yang mungkin pada perkiraan mereka belum matang atau mengambil mudah soal majlis kenduri cukur jambul. 

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan Islam. Rasulullah SAW bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan supaya rambut yang baru dan lebih sihat tumbuh. 
L
Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan serta sunat dilakukan. Begitupun ramai ibu bapa zaman ini terlalu sayangkan rambut daripada kesihatan anak mereka. 

Sudut sains melihat, membuang membotakkan kepala bayi terbukti baik. Mencukur rambut bayi tidak terhad kepada orang Islam, sebaliknya turut dilakukan tanpa mengira kaum. 

Akar rambut terbentuk sejak janin berusia sekitar lapan minggu dan terus berkembang hingga lahir. 

Rambut pertama ini diistilahkan dengan velus, terlalu halus hingga sukar dilihat dan disentuh, ia boleh gugur dengan sendirinya tetapi selalunya keguguran itu tidak cantik sebab tidak rata. Orang Melayu menggelarnya ‘cukur bantal’. 
Bagi yang pertama kali mencuba untuk mencukur rambut bayi. Ada baiknya ia dilakukan ketika ia sedang tidur mengurangkan bayi bergerak, selain mengelakkan luka bahagian berkenaan. 

Caranya dilakukan agak mudah seperti sebelah tangan memegang gunting, sementara sebelah lagi memegang rambut lalu dipotong. Lebih baik rambut bayi itu dibasahkan sedikit kerana lebih mudah untuk digunting. Kalau tidak yakin, minta bantuan orang lain melakukannya. 

Gunting rambut hingga bahagian hujung. Untuk membersihkan lagi sisa rambut itu, gunakan alat cukur rambut yang masih baru. Regangkan lipatan kulit kepala dengan jari telunjuk dan jari tengah, kemudian cukur. 

Teknik mencukur perlu dilakukan dengan perlahan dan teliti bagi memastikan cukuran itu tidak melukai kepalanya. 

Sekiranya sepanjang proses berkenaan kepalanya terluka, beri ubat antiseptik, bagaimana sekiranya membabitkan luka yang besar, segera rujuk kepada doktor. 

Kepala bayi harus terus dipelihara kebersihannya. Kekotoran atas kepala bayi digelar ‘cradle cap’ perlu dihindari dengan melumurkan sedikit minyak zaitun. Biarkan kira-kira lima minit sebelum dibuang menggunakan sikat. 

‘Cradle cap’ terjadi akibat meningkatnya aktiviti kelenjar di samping pengaruh hormon androgen ibu ketika hamil. Sekiranya dibiarkan saja, tumpukan lemak ini akan menghambat edaran peluh, mengakibatkan munculnya gangguan kulit seperti gatal atau bisul. Dalam jangka panjang pertumbuhan rambutnya mungkin terganggu. 

INFO: Kebaikan bercukur rambut bayi 

Membuang kekotoran 
Pada mata kasar, rambut bayi yang sudah dibersihkan dengan syampu bersih. Bagaimanapun ‘kekotoran’ itu masih terlekat di akar rambut yang mungkin tidak kita perasan dengan pandangan mata kasar. Apatah lagi ia berada lama di dalam rahim ibu. Proses kelahiran itu juga dengan sendirinya menjadikan rambut berkenaan kurang bersih. 

Biar tak mudah terkena radang 
Botak memudahkan ibu untuk mengamati, kalau-kalau ada sesuatu yang tak diharapkan, seperti gatal, bisul, luka dan sebagainya. Cukur rambut menjadi sesuatu yang digalakkan. Bila sudah terjadi jangkitan, misalnya bisul di kepalanya. Untuk mencegah terjadinya jangkitan lebih lanjut dan mempermudah perubatan, sebaiknya kepala anak dalam keadaan ‘bersih’. 

'Menyejukkan' kepala 
Orang tua-tua selalunya mengingatkan cukur rambut menyejukkan kepalanya, dari segi logik ia nampak jelas. Tetapi menurut sains, bayi-bayi kebetulan tinggal di daerah panas atau suhu udara pada bahagian itu, pasti akan merasa lebih nyaman dengan kepala botak. Kasihan juga bagi bayi yang mempunyai rambut lebat, bila berpeluh, keadaan menjadi bagaikan basah kuyup. 

Rambut baru akan tumbuh 
Ramai yang ‘sayang’ kepada rambut bayi yang lembut dan halus. Malah ramai yang percaya rambut cantik itu akan hilang begitu saja sekiranya di cukur. Sekiranya diamati, memang tiada perkara di dunia ini yang kekal. Bagaimanapun rambut baru itu tidak mungkin sama rupa dengan asal, kerana ia mempengaruhi genetik ibu bapa. Mungkin kerinting, perang dan sebagainya.

Sumber: Berita Harian

Setiap apa yang Nabi s.a.w sunnahkan kita buat tu, pasti ada hikmah dan kelebihan. Jangan sayang nak buang rambut bayi baru lahir, rambut yang akan tumbuh nanti akan lebih cantik, sihat dan baik untuk tubuh badan dia...

Mencukur atau membotakan rambut bayi adalah sunnah. Jadi, cukuplah mencukur terus dan tiada istilah cukur jambul dalam Islam... Sebaiknya, cukur rambut dan timbang rambut dengan nilai timbangan emas atau perak dan nilai tu disedekah kepada fakir mskin...


Posted via Blogaway

9Ulasan

  1. byk kelebihan bercukur kepala ni..bayi selesa jugak sebab kepala sejuk je rasa..

    BalasPadam
  2. Memang biasa saya amalkan pada anak-anak saya bila umur bayi tu selepas 45 hari.

    BalasPadam
  3. Setuju dgn entri ni. Byk kebaikan dan manfaat utk baby jika bercukur rambut. InsyaAllah bila ada anak nanti nk cukur jgk msa aqiqah

    BalasPadam
  4. insyaAllah bila bby sy dah lahir nanti nak buat semua ni.. :)

    BalasPadam
  5. baru aiza tahu elok dibotakkan terus kepala bayi tu.. dalam adat masyarakat melayu selalu amalkan cukur jambul je..

    BalasPadam
  6. Bayi perempuan yang dibotakkan rambutnya hingga licin. akan tumbuh rambut baru yang halus dan lurus bagai rebonding bila rambut baru yang tubuh itu dipanjangkan

    BalasPadam
  7. Nk tnye..rmbt di timbg then nk bg ke fakir miskin to kt mne..maaf sy lmah tntg hal ni..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ramai faqir miskin D Malaysia ni.tgk org yg susah2 tu...kita just bg je barang atau Wang.xsmstnya pd seorg fakir..boleh dibahagikan kpd beberapa org ikut jumlah yg tlh dinilaikan.rambut bby timbang,kmudian nilai kan dgn hrg emas semasa

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ