GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Asingkan Tempat Tidur Anak dalam Islam

Hukum Asingkan Tempat Tidur Anak dalam Islam | Pabila anak dewasa, mula ada ibu bapa yang dilema tentang hal mengasingkan tempat tidur anak daripada tempat tidur ibu bapa.. 

Usia berapakah yang sesuai untuk asingkan tempat tidur anak dari tempat tidur ibu bapa? Dan apakah pula hukum asingkan tempat tidur anak dalam Islam.


cara asingkan tempat tidur anak


Islam itu agama yang syumul... dalam isu mengasingkan tempat tidur anak ini ada hukumnya... iaitu sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 58 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman, hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu) pada tiga masa; masa sebelum solat subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu. Adapun lain dari tiga masa itu, tidaklah menjadi dosa ke atas kamu dan juga ke atas mereka (untuk masuk tanpa meminta izin terlebih dahulu) kerana mereka adalah orang-orang yang berlegar di sekitar kamu, yakni sebahagian kamu sentiasa bergaul dengan sebahagian yang lain. Begitulah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya. Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana” (ayat 58).

Dalam ayat di atas Allah memerintah anak-anak sekalipun belum baligh (tetapi telah sampai umur mumayyiz) supaya meminta izin sebelum memasuki bilik atau kamar ibu dan ayahnya terutamanya pada tiga waktu;
  1. Sebelum subuh adalah masa kamu bangun tidur
  2. Selepas solat isyak ialah masa kamu tidur
  3. Waktu tengahari (ketika matahari tegak atas kepala) adalah waktu qailulah iaitu waktu disunatkan kita tidur seketika sebelum solat zohor.

Sebab perintah tersebut ialah untuk mengelak dari terdedahnya aurat ibu-bapa kepada anak-anak. Inilah yang kita fahami dari ungkapan Allah dalam ayat tersebut; “Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu”. Berkata ulamak –antaranya Syeikh Tohir Ibnu ‘Asyur-; “Adalah suatu yang jelik ibu-bapa membiarkan anak-anak mereka (yang telah mumayyiz) melihat aurat mereka kerana pandangan anak-anak akan membekas (dan menjadi tabiat) dalam diri mereka. Wajib anak-anak diasuh supaya menjaga aurat sejak dari kecil (yakni memelihara diri dari mendedahkan aurat dan dari melihat kepada aurat orang lain) agar ia akan menjadi tabiat pada diri mereka apabila mereka besar nanti” (Tafsir at-Tahrir wa at-Tanwir, surah an-Nur, ayat 58).           -Sumber-

Wajib asingkan tempat tidur anak

Dari dalil tersebut, jelas perintah Allah kepada ibu bapa supaya mengasingkan anak dari tempat tidur bila si anak mencapai usia mumaiyyiz atau tahu membeza yang baik dan buruk. Tetapi sebaiknya, lebih awal dari itu juga adalah terbaik. Bagi anak yang sudah baligh memang wajib asingkan dan wajib mengetuk pintu bilik atau minta izin tidak kira waktu bila pun. Boleh rujuk tafsiran ayat 59 surah an-Nur.

Anak-anak sekarang bijak, dan sebaiknya jika sudah putus susu, sudah boleh diajar tidur asing, tambahan pula jika anak sudah tahu bercakap dan bercerita kepada orang lain. Sebab anak sebegini, dia boleh cerita apa dia nampak kepada orang lain. 

Jadi sebagai ibu bapa kena jaga akhlak, jaga tingkah laku depan anak-anak... tetapi tidak bermakna tidak boleh bermesra antara suami isteri cuma perlukan batasannya teutama di depan anak-anak kerana takut anak mengikut. Anak-anak zaman sekarang pula, suka mengikut dan mempunyai keinginan ingin tahu dan mencuba yang kuat... takut-takut apa yang dia nampak, dia nak cuba buat pula... 

Kelebihan asingkan tempat tidur anak dengan ibu bapa

Antara hikmahnya asingkan tempat tidur anak dengan ibu bapa ialah:
  • Anak lebih berdikari
  • Adanya privasi suami isteri
  • Anak akan lebih hormat ibu bapa, kerana ibu bapa wajib mengajar anak cara masuk bilik ibu bapa selepas mengasingkan mereka dari tempat tidur seperti mengetuk pintu dan meminga izin untuk masuk terutama tiga waktu hang dinyatakan dalam ayat di atas.
Islam itu sempurna kan... jadi, wajib asingkan anak dari tempat tidur. Anak perempuan dan anak lelaki juga perlu diasingkan... Suami perlu sediakan bilik yang berasingan antara anak lelaki dan perempuan... jika semua ini, dijaga insha Allah tiada timbul isu sumbang mahram... 

Cara asingkan tempat tidur anak

Tips pisahkan anak dari tempat tidur:
  1. Sediakan bilik yang kemas, cantik, bersih dan persekitaran yang menarik. Jika anak perempuan, mungkin boleh hiasakan bilik dengan warna kegemarannya...
  2. Beritahu anak secara "slow talk", kenapa dia kena tidur berasingan.
  3. Lakukan aktiviti menarik bersama-sama sebelum tidur seperti bacakan cerita Nabi sebelum tidur.
  4. Jadualkan waktu tidur yang tetap dan tidurkan dia di bilik yang berasingan. Bila dia dah terbiasa dengan bilik dan rutin tidur yang tetap, insha Allah tiada masalah untuk asingkan tempat tidur.
  5. Jangan momokkan dengan gelap atau hantu sedari kecil, sebba ini antara punca susah nak asingkan anak dari tempat tidur.
Tips ni dari pembacaan, dan sekarang dah praktikkan... Alhamdulillah... menjadi.. yang penting kita kena support dan sabar... Insha Allah Allah akan permudahkan. 

9Ulasan

  1. thanks for sharing..info yang sangat berguna nih...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. thanks for sharing..info yang sangat berguna nih...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. bagus ni..insya Allah akn cuba praktikkan nanti..

    BalasPadam
  4. mmg perlu diasingkan tempat tidur sbb anak bila dh pandai bercakap..habis semua orang dia cerita apa yg dia nmpk dlm bilik..pengalamn dari kwn CN sendiri ;)

    BalasPadam
  5. thanks sharing
    sgt sgt bermanfaat dan membantu satu hari nti

    BalasPadam
  6. Mmg kena asingkan.. perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat..

    BalasPadam
  7. thanx info. semoga bermanfaat buat semua ibubapa =)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ