sumber: google images |
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu.
Perkara-perkara itu ialah:
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ". (Riwayat Ibnu Majah)
Keterangan:
Hadis di atas menerangkan bahawa:
- Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
- Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
- Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
- Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
- Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
sumber: Tanda-tanda kiamat
sesungguhnya kiamat itu sudah semakin hampir... tapi manusia terus menerus leka dan lalai...
masyallah..
BalasPadamMaha suci Allah..semoga kita dijauhkan dr perkara mazmumah ,...;'(
BalasPadamps: Lyeen nak join anda semua untuk join PENCARIAN BLOGLIST& REVIEW dekat sini http://ciklyeen.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html
tanda-tanda dah banyak kelihatan
BalasPadamgood sharing.. mohon copy paste nak masuk dalam blog.. mohon dibenarkan.. terima kasih...
BalasPadamzmn skrg nih terlalu bebas, rasanyer zmn akak muda2 dulu tak penah dgr kes2 gini... kalu ada pun jarang sgt lah... tp bdk2 zmn nih kene mrh skit lari rumah, pastu ada lah kes buang bayi... mintak di jauhkan terjadi kt family kite
BalasPadamthanks sebab mengingati diri saya...
BalasPadamRegards,
-Strider-
Semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 yg boleh membawa kemurkaan Allah...t.kasih Puan Maria
BalasPadam@Lyeen De Syifa insha Allah.. nnt sy join ea cik lyeen... terima kasih atas jemputan...
BalasPadam@Mar Mansor betul tu.. tnda kecil semua dh berlaku...tggl tnda besar2 pula muncul...
BalasPadam@PaPa Blogger boleh... perkara yg baik mmg elok disebarkan... :)
BalasPadam@norhidana miswan nauzubillah... bru nk thn 2014 kan.. bagaimana 10 tahun lagi.. huhu
BalasPadam@Azlan Strider sama-sama... :)
BalasPadam@Fidah Shah amin... sama-sama.. :)
BalasPadamMashaAllah.. semoga menjadi renungan & peringatan buat semua...
BalasPadam