Hadkan Masa Menonton Televisyen

Maria Firdz
4

Anak-anak dan televisyen memang sukar dipisahkan. Tetapi jangan sampai mereka menjadikan televisyen sebagai tempat bergantung sehingga semua perilaku dipengaruhi oleh televisyen.

Penting bagi ibu bapa untuk mendidik anak agar tidak meniru perilaku dalam rancangan televisyen yang ditonton.

Kebanyakan rancangan yang tersiar dalam televisyen mengandungi banyak keganasan yang langsung tidak sesuai untuk peringkat usia kanak-kanak. American Academy of Pediatrics menyarankan ibu bapa menyediakan jadual atau menapis terlebih dahulu rancangan mana yang sesuai ditonton oleh anak-anak.

Apa Ditonton Anak!

  • Buat jadual menonton televisyen yang dipersetujui bersama. Misalnya dilarang membuka televisyen semasa waktu makan malam keluarga.
  • Hadkan waktu menonton televisyen, iaitu satu jam pada hari biasa dan dua hingga tiga jam di hujung minggu.
  • Jangan gunakan menonton televisyen sebagai ganjaran atau hukuman kerana  ia dapat membuatkan televisyen semakin tinggi nilainya di mata anak.
  • Seboleh mungkin temankan anak ketika mereka menonton kerana anda dapat menerangkan kekeliruan yang dilihat daripada rancangan televisyen.  


Rancangan Yang Sesuai Dipilih 
  • Mengandung nilai-nilai positif, misalnya berkongsi, rajin, berakhlak dan kasih sayang dalam keluarga dan kawan-kawan.
  • Sesuai dengan minat anak.
  • Merangsang rasa ingin tahu anak.
  • Membantu anak belajar bahasa dan tatabahasa baru.
  • Membuatkan anak gembira.
  • Mengembangkan minat anak pada aktiviti lain seperti membaca, dan melakukan kegiatan luar rumah.

Bagaimana Jika Si Kecil “TV Mania” 

  • Alihkan perhatian dengan memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan interaksi antara anda dan anak seperti membacakan buku cerita. Apabila kanak-kanak terlalu kerap menonton televisyen, mereka kurang tertarik pada buku. Mengurangkan masa menonton secara perlahan namun konsisten.
  • Galak anak melakukan aktiviti yang aktif seperti menunggang basikal, bermain bola yang banyak mengeluarkan peluh berbanding aktiviti pasif seperti menonton televisyen.
  • Disiplin menonton televisyen tidak akan berhasil jika ibu bapa sendiri tidak mengamalkan disiplin menonton televisyen di hadapan anak-anak.
Sumber: Majalah PaMa

Aku akui, sejak ada anak memang aku dan suami hadkan masa menonton tv dan rancangan kegemaran kami... walaupun rancangan, drama atau telefilem tu best, tetap kami tak tengok jika Faiqah tak tido atau main bersama... tambah2 kalau ada aksi gaduh, tengking menengking dan aksi2 negatif...termasuklah kartun... bahkan kartun Boboi pun kami tak bagi Faiqah tengok sebab ada aksi lawan-lawan kan... Upin Ipin pun ditapis... tak semua tajuk bagi tengok... Kalau hari minggu memang buat aktiviti luar, untuk elakkan dia ralit dengan tv... bagi pen dan kertas untuk dia buat apa yg dia suka... tapi setakat ni Faiqah memang tak minat dengan TV dan gadjet, dia suka aktiviti fizikal seperti nyanyi dan menari, serta main kejar2... mungkin itu lagi baik dari ada rancangan kegemaran... 
Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. sebut pasal jadual tgk tb,dulu kecik2 ibu tb buat cmtuh..nk tgk doraemon pon xblh mase tuh..sbb mgrib..jadi kne g smyg dlu..

    BalasPadam
  2. walaupun saya takde anak tapi kalau kat umah saya nie apa yang anak buah saya tonton memang sy kawal..saya selalu didik mereka yang bila comes into TV saya ade kuasa Veto...hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. kena mulakan memdidik sedari kecik lg...dah besar mmg susah nk dibentuk, cuba kawal dan jangan menyekat...ada toleransi dlm melakukan aktiviti... sy sokong cara yg baik bg anak2. kepimpinan melalui tauladan. insyaAllah semuanya dlm perancangan dan terbaik utuk anak2 juga.

    BalasPadam
  4. Dulu waktu sy kecil.. hari sekolah mlm cuma boleh tengok berita je kt tv.. lain apa pun x boleh..sekolah menengah baru flexible sikit...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !