GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Sebab Kulit Anda Teruk Yang Anda Tidak Tahu

Anda cuma mengetahui bahawa anda perlu membersihkan kulit wajah sebelum tidur. Namun, ramai kurang menyedari bahawa ada kesilapan yang telah anda lakukan sehingga menyebabkan kulit kelihatan lebih teruk lagi. Kadang-kadang ia menyebabkan anda putus asa dengan keadaan kulit meskipun anda telah berbelanja dengan banyak semata-mata untuk kecantikan kulit. Jadi apakah kesilapan itu?

5 Sebab Kulit Anda Teruk Yang Anda Tidak Tahu

5 Sebab Kulit Anda Teruk Yang Anda Tidak Tahu



1. PERCAYA PADA TESTIMONIAL

Anda mula tergoda bahawa anda betul-betul perlukan produk yang disyorkan setelah terbaca testimoni pengguna.

Sebelum anda tahu tentang produk tersebut, anda perlu tahu jenis kulit pengguna dan rutin pengguna yang dikatakan berjaya mendapatkan kulit wajah yang gebu seperti yang diwar-war menerusi pengalaman.

Tidak semua wanita mempunyai masalah kulit yang sama. Apa yang anda perlu adalah pencuci wajah, penyegar dan pelembap.

Jika anda mempunyai kesemua penjagaan asas ini, anda tidak perlu merasa percaya dengan testimoni yang diberi lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan 'mengedit' gambar yang semakin popular menerusi telefon canggih.

2. KURANG AIR DAN TIDUR

Masalah hidrasi dan kekurangan tidur boleh memberi kesan yang ketara terhadap kulit. Hal ini kerana, kulit memerlukan air untuk kelembapan.

Kulit juga boleh haus dan ia mudah kelihatan apabila kulit tampak pucat, kering dan berkedut. Ramai wanita hanya bergantung kepada pil vitamin C untuk kecantikan kulit tetapi kurang mengambil banyak air sedangkan air diperlukan untuk memberi kesan terhadap tindak balas pil tersebut.

Tidur yang cukup pula penting untuk membuat kulit sihat dan berseri kerana perjalanan darah yang sempurna. Minum lapan gelas sehari dan tidur lapan jam sehari sudah memadai utnuk kecantikan kulit.

3. PRODUK RAWAT KEPELBAGAIAN

Ramai wanita memilih satu produk yang mempunyai banyak kegunaan adalah pilihan yang tepat dan wajib ada.

Menurut pakar dermatologis dari pusat kecantikan Amerika, Debra Luftman, tidak ada produk yang mampu merawat pelbagai masalah kulit di dalam satu produk. Jika ada pun, ia kurang sesuai dan boleh mengakibatkan  kerosakan lain pula pada kulit.

Wanita kini lebih berminat untuk menggunakan satu produk yang mempunyai banyak kegunaan. Ada baiknya anda meneliti dahulu isi kandungan yang terdapat pada label produk.

Apa-apa bahan selepas tiga bahan utama yang disenaraikan sebenarnya tidaklah begitu penting. Produk yang mengandungi sedikit kandungan adalah lebih baik.

4. MEMAKAI PRODUK SEMBARANGAN

Anda perlu tahu produk apa yang perlu dipakai terlebih dahulu, produk apa yang perlu dipakai bersama dan bila masa sesuai untuk digunakan.

Sebagai contoh, apabila anda mahu menggunakan produk berasaskan retinol atau rawatan jerawat, anda perlu menyapunya sebelum anda menggunakan pelembap.

Jika anda mahu menggunaan krim penghalang cahaya matahari, sapu krim berasaskan air atau mineral untuk elak kulit berminyak. Pastikan kering terlebih dahulu dan barulah disapu dengan bedak wajah.

Guna produk yang dikhaskan untuk penggunaan malam pada waktu malam kerana kebanyakan krim malam bersifat sensitif pada cahaya.

5. SOLEKAN KETIKA BERSENAM

Kami faham bahawa kebanyakan wanita mahu bersolek walaupun berada di gim kerana mahu menyembunyikan cela-cela dari terus dilihat oleh orang ramai.

Hakikatnya kulit akan lebih teruk apabila solekan tidak dibersihkan terlebih dulu. Meskipun produk bersifat mineral dikatakan tidak akan menyumbatkan liang pori anda, ia tetap menyebabkan kulit anda berjerawat akibat peluh yang tersumbat.

Pastikan anda sentiasa membawa tisu basah di dalam beg gim anda. Jika tetap mahu mengenakan pelembap, pastikan pelembap bebas minyak. Bersenam untuk sihat. Tidak perlu bersolek.

Sumber: Majalah Seri Dewi

Aku suka artikel ni.. sebagai panduan kita sebagai wanita. Wanita ni obses sangat nak kelihatan cantik, sampai kadang sanggup sakitkan diri sendiri dan musnahkan diri sendiri dalam tak sedar kan... berpada-padalah dalam mengekalkan kecantikan. Kecantikan dari hati, akan terpancar ke wajah dan luaran... Peribadi yang suci dan hati yang bersih akan lebih mencantikkan diri... Cantik luar tak cantik dalam, tak guna juga kan,..


Note: Republish entry lama

11Ulasan

  1. nice info.. deqla sejak skolah setia dgn produk safi... x penah la pulak pakai mekap bila bersenam.. haishh mcm pelik jer..mcm pelik jer... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah... Tpi sbb nk cntik de org make up x kna tmpt...

      Padam
  2. Kulit kita quite sensitive..so kena seriously jaga..tak boleh pakai produk sebarangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu kulit sensitif lagi kna jga kn.. Bkn produk je.. Pemknn pun kna jga gak kn...

      Padam
  3. Kalau few days saya minum kurang air, confirm kulit Nampak kering & kusam eventhough saya ambik collagen everyday.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Kalau pakai bedak asas masa work out kira bersolek juga tak?

    BalasPadam
  5. tak sabar nak buat check kulit minggu depan lepas tau pasal isu ni :D

    BalasPadam
  6. tq untuk info, akak setuju kita kena kenal kulit kita dulu sebelum pakai apa pun produk penjagaan kulit. Akak jenis kulit berminyak, dan bila dah jumpa produk yang sesuai untuk muka akak memang akak tak kan tukar-tukar produk.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ