GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Program Khas untuk Kucing

Kuala Lumpur: Penggemar dan pemilik kucing di Malaysia berpeluang menyertai dan menyaksikan gelagat pelbagai jenis baka kucing dari seluruh dunia melalui program ‘1Malaysia CFA International Cat Show 2013’ pada 15 September ini.

Program anjuran Ciku Kiwi Enterprise dengan sokongan Pejabat Perdana Menteri itu akan berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Pengurus pertandingan Ciku Kiwi Mohd Hafizul Mew Hamzah berkata, pertandingan itu bertujuan memberi pendedahan lebih mendalam mengenai baka kucing asli dan kepentingan memandulkan haiwan berkenaan.

“Ia bukan sekadar mempertandingkan kucing mengikut kategori masing-masing, malah meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan haiwan kesayangan itu secara holistik.

“Pertandingan ini dijangka menerima penyertaan peserta luar negara seperti Hong Kong, Amerika Syarikat, Thailand, China, Filipina, Indonesia, Russia dan beberapa negara Eropah.

“Penyertaan masih terbuka kepada pemilik baka asli dan campuran, dengan syarat kucing baka campuran mestilah dimandulkan,” katanya.

Pelbagai baka kucing dari seluruh dunia akan menyertai pertandingan itu seperti Maine Coon, Parsi, Abbysinian dan Sphynx. Tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung. Kucing yang bertanding akan dinilai barisan juri yang dijemput khas dari Jepun dan Amerika Syarikat.

Peminat kucing yang mahu turut serta dalam pertandingan itu boleh menghubungi penganjur menerusi e-mel ciku_kiwi2710@yahoo.com.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web http://entryakab.weebly.com.

Sumber: Harian Metro

Nota ungu: Kalau bawa Faiqah g program melibatkan kucing cnfirm tak nak balik... Hehe

3Ulasan

  1. Sy ada kucing tp rasa bukan spek yg layak utk pertandingan kot.. jd, bolehlah bawa family jln2 ke situ nnti. Thanks sharing :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ