GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Moral of The Story SSID

Tamat sudah drama adaptasi novel "Sebenarnya Saya Isteri Dia"... Macam mana la aku dan suami boleh terjebak tengok drama nih??? Memang tak tengok pun awal2 citer nih... haa.. lepas adik aku la tengok malam tu, macam best pastu adik aku yg memang kaki novel dah baca citer ni.. dia citer serba sedikit pasal citer nih.. maka aku terjebak sekali.. 

Ok, aku bukan nak citer kan pasal SSID ni sebab semua orang dah baca, apa yang aku dapat dari citer ni, banyak sebenarnya pengajaran berguna dalam kehidupan kita semua..

Sumber: Google Images

1. Bahaya Fitnah dan kawan makan kawan
Shaff dan Rash berkahwin sebab fitnah dan aniyai kawan sendiri...dan memerangkap diri sendiri.. 

2. Pasangan kita itulah yang terbaik untuk kita.
Sebenarnya dari drama nih, nak tunjukkan pasangan kita itulah yang Allah tentukan terbaik untuk kita. Tengok sahajalah babak bapa Rash yang sanggup tinggalkan mama Rash semata-mata perempuan lain dan isteri baru yang kononnya baik.. Namun, akhirnya dia tersedar bahawa isteri pertamanya tu lah yg terbaik untuknya.

3. Cabaran dalam rumahtangga
Pedoman untuk remaja, jangan nampak seronok dan romantik drama nih, sebaliknya selamilah betapa dalam perkahwinan perlukan kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan yang tinggi... Lihat sahaja, betapa hebat fitnah dalam perkahwinan. 

4. Sahabat yang baik ibarat minyak wangi
Shaff jumpa sahabat yg baik seperti kakak angkatnya. Selalu nasihatkan dia supaya kembali kepada suaminya.

5. Syurga di bawah tapak kaki suami
Walau apa pun jua masalah melanda, bertenang dan mengadulah pada-Nya bukan lari membawa diri. Kerana lari dan kuar rumah tanpa izin suami berdosa hukumnya... Tapi tulah wanita ni memang emosi lebih kan.. dengan lari tu ingat boleh selesai masalah kot, tapi semakin lari dengan masalah semakin ligat masalah kejar, sebaiknya jangan lari dan hadapilah masalah dengan tenang dan rasional.. pesanan untuk diri sendiri juga sebanarnya nih. 

6. Pandu tanpa emosi
Yang ni pesanan untuk semua pengguna jalan raya, janganlah memandu ketika emosi tak stabil. tengok ajelah Shaff hampir melanggar penunggang motosikal kerana emosi yg tak stabil. :)

7. Cinta selepas nikah lebih indah
Yang pengajaran untuk semua, bercinta selepas nikah memang boleh dipupuk sebenarnya.. dan bercinta selepas nikah itu lebih indah... 

Banyak lagi pengajarannya, tapi nih lah yg besar-besar sahaja aku tersuratkan.. Moga SSID memberi pengajaran untuk semua, jangan nampak seronok dan romantik, tapi hayati maksud dan makna drama ni sebaiknya.. Walaupun bagiku memang nampak macam kartun je drama nih, tapi dah nama pun lakonan kan, memang ler tak sama dengan real punya kan.. hehe.. 

Moral of the story... setiap citer yg baik ada maksud tersiratnya... :)



Nota ungu: Layan drama nih dengan suami, meletakkan kami di watak hero dan heroin.. hehe... berangan jap.. 

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ