GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Makanan Pengaruhi Jantina Anak

Sememangnya apa yang kita makan akan membawa pengaruh besar terhadap tubuh badan. Tahukah anda bahawa pemakanan juga antara faktor penting jika berhasrat merancang jantina anak.

Mengikut kajian sains, PH dalam pemakanan menentukan kewujudan kromosom (menentukan jantina anak) yang dibawa oleh lelaki. Sains juga menggariskan apa jenis makanan yang perlu diambil jika mahukan jantina tertentu. Bagaimanapun bagi pasangan Muslim, segala usaha yang dilakukan diserahkan kepada Allah SWT untuk menentukannya jua.

Tetapi tidak salah untuk mencuba!

Makanan Pengaruhi Jantina Anak

Merancang anak lelaki


Jika anda mengidam untuk mendapat anak lelaki, pilih makanan yang rendah PH iaitu pemakanan yang bersifat alkali dan mengandungi sodium dan potasium yang tinggi.

Makanan yang menjadikan PH dalam badan beralkali adalah sumber sayur-sayuran, buah-buahan, perasa makanan, ramuan pedas, kekacang dan benih.

Makanan untuk dapat anak lelaki :

  • Buah-buahan – Aprikot kering, avocado, pisang, kurma, kiwi, kismis, tembikai, epal, lobak, lemon, timun, tembikai susu, nenas, strawberi.
  • Jus – Jus lobak, jus prun, jus tomato.
  • Sayur-sayuran – bayam, kentang.
  • Lain-lain – Coklat, kekacang, bawang putih, cendawan, bawang merah, lada hitam, halia , herba (semua jenis)
  • Elakkan memakan makanan yang mempunyai sifat asid yang tinggi.

Walaupun sebilangan makanan di atas seperti buah-buahan sitrus mempunyai sifat yang lebih asid, namun ia sebenarnya meninggalkan kesan alkali selepas diproses dalam badan. Contohnya, lemon adalah buah yang bersifat asid. Namun selepas melalui sistem penghadaman dan asimilasi, ia akan menjadi sangat beralkali di dalam badan. Sebaliknya daging mempunyai sifat yang sangat beralkali sebelum melalui sistem penghadaman. Namun selepas diproses, ianya meninggalkan sisa yang bersifat asid di dalam badan.

Merancang anak perempuan

Pilih pemakanan yang mempunyai PH yang tinggi ataupun bersifat asid yang rendah sodium dan potasium. Manusia memerlukan persekitaran yang bersifat alkali untuk mewujudkan kromosom Y (jantina lelaki).

Apa yang perlu anda lakukan adalah makan makanan yang bertentangan dengan alkali iaitu makanan bersifat asid untuk membunuh sperma Y.

Makanan yang meninggalkan sisa asid di dalam badan adalah makanan berasaskan daging, ikan, telur, bijirin dan legum.

Makanan untuk dapat anak perempuan :

  • Buah-buahan – Jagung, blueberi, prune, plum.
  • Makanan -  bjirin, kraker, nasi, roti, mi ,spageti, oat, makaroni, tepung.
  • Sayur-sayuran – zaitun.
  • Produk tenusu – mentega, keju, aiskrim, yogurt
  • Protein haiwan – Banyakkan pengambilan daging seperti daging lembu, ikan contohnya ikan kod, halibut, salmon. Makanan laut seperti tiram, udang dan ketam. (Makanan laut tidak digalakkan bagi pesakit darah tinggi dan gout)
  • Lain-lain – Kekacang seperti kacang hijau, kacang hitam, kacang soya, kacang tanah, walnut, cuka, kopi, minuman ringan, koko.
Sumber: Majalah Pa&Ma

Nota Ungu: Bagi aku yang nak masuk dua kali pengalaman ni, memang sendiri terasa beza dengan pengalaman pertama... Insha Allah moga ada rezeki.. Allah tahu yang terbaik.. Lelaki ke perempuan, yang penting sempurna dan sihat serta selamat... 

5Ulasan

  1. Kakak dulu masa anak no. dua mengikut diet doktor utk dapatkan anak lelaki tapi kekuasaan Allah tidak ada siapa yg mampu menghalang. In the end anak perempuan juga Maria. Nak kata apa hihi...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..2 lelaki..yg bongsu perempuan :)

    BalasPadam
  3. teringin nak baby boy sbb first baby dah ada gurls..apap2 hope semuanya sihat..terima je yg mn2 pun..:)

    BalasPadam
  4. macam tu eh..xperasan plak jnis makanan cmne..hihi..makan je mana yng teringin..

    BalasPadam
  5. saya belasah dua2 je kak. Dulu masa pregnant tak mikir samada nak pempuan atau lelaki hehe, asalkan kuar selamat dan sihat. Bab makan kenit tak pantang, habis sumer di atas pun kenit boleh rembat.

    Hasilnya...nak ari2 pening tengok gelagat bebudak tu. Tu baru gegurls...kalau boboi??muahaha

    Thanks for sharing kak maria (^_^)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ