GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Info Puasa: Doa Selepas Berbuka Puasa

Nabi SAW membaca doa ini ketika berbuka:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Maksudnya: “Telah hilangnya dahaga, dan telah basahlah tekak, dan telah ditetapkan ganjaran jika dikehendaki oleh Allah SWT.” (Riwayat Abu Daud dan An-Nasai’: Disahihkan oleh al-Bani)

Selamat berbuka kawan-kawan ! Sebelum berbuka jangan kita lupa luangkan masa untuk berdoa kerana itu adalah antara waktu paling mustajab ye 

Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sangat mustajab. Dan waktu mustajab doa bagi orang perpuasa ialah ketika berbuka berpuasa.

Dari hadis Rasulullah s.a.w

” Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka “– Hadis riwayat Ibn Majah

Sumber: Bercinta Selepas Nikah@fb

4Ulasan

  1. Benarlah apa yg termaktup didalam hadis tu...selamat berpuasa...

    BalasPadam
  2. Banyakkan berdoa sewaktu berpuasa dan berbuka. Moga-moga ALLAH makbulkan doa kita. Ameen

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ