Berikut ialah senarai rawatan yg tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan yang telah dirujuk dengan panel syariah perubatan:
- Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash).
- Ubat GTN yang diletakkan dibawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan.
- Memasukkan pessary, ovules ke dalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum ke dalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh: periksa jalan untuk bersalin.).
- Memasukkan alat uretheroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.
- Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.
- Injeksi (cucuk) melalui kulit, ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.
- Menderma atau menerima darah.
- Menerima oksigen atau gas untuk bius.
- Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
- mengambil darah untuk pemeriksaan.
- memasukkan tiub (catheter ) untuk pemeriksaan.
- Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).
- Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan.
- Pemeriksaan dalam rahim (Hystreoscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).
- Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).
- Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).
- Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.
- Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa.
- Haemodialisis atau peritoneal dialysis.
Rujukan:
IOMS (Islamic Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Fiqh As-Sunnah (Sayyid as-Sabiq), dan Fatwa dikeluarkan oleh Yusuf al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah)
Sumber: Gombak Medical Center Sdn. Bhd.
Owh, cucuk tak batal ye..
BalasPadamOk nanti nak inform kawan psl ni ;)
tak batal.. sbb kulit bkn rongga terbuka..
Padamperkongsian menarik.. :]
BalasPadamsalam kenal..
:)
Padamsalam kenal.. terima kasih datang sini..