GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Mengubat Pelupa

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali telan.

2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.

3. Tidur awal dan bangun awal. Kalau ingin facebook di malam hari, hanya hadkan untuk Ensaiklopedia Petua Melayu Lama sahaja.

4. Jangan bersetubuh melebihi 2 kali seminggu.

5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam.

6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.

7. Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.

8. Buat stretching bila bangun dari tidur.

9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut.

10. Elakkan lihat kemaluan dan najis.

11. Baca QUran dan cuba menghafal setiap hari.

12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu.

13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah (wanita ketika dalam rumah).

14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar.

15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.

16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.

6Ulasan

  1. saya ni bole kata pelupa kak...hehe thnks aa

    BalasPadam
  2. macam mana dengn dkna yang amat suka makan daging :(

    BalasPadam
  3. thanks share tip yg sgt berguna nih, sbb akak ni kadang2 pelupa gk... aduhla, tang yg kismis tu paling mudah n kene amalkan tuh, yg lain2 pun nampaknyer kene cube gk...

    BalasPadam
  4. nice info....petua yang bagus untuk diamalkan.......

    BalasPadam
  5. benda masam ni suka makan...kna krgkn...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ