Recents in Beach

Hukum Melancong Dalam Islam

Sapa suka melancong??? Angkat tangan... hehe..
Aku pun suka, tapi nak melancong kena ada pitih boh... hehe.. Tapi dalam Islam, apakah hukum melancong??? Harus? Haram? Makhruh? Wajib? Sunat?


Ok, jom baca:

Tujuan Melancong:
Firman Allah SWT:
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Menghayati dan Mensyukuri Keindahan Alam Ciptaan Allah Taala
Jelas kepada kita Islam menganjurkan umatnya menjelajah dan meneroka alam ciptaan Allah yang indah ini kerana itulah tujuan alam ini diciptakan dengan begitu indah tanpa sebarang cacat cela agar manusia bersyukur dan menghargainya. Apabila kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah ini, lahirnya rasa keimanan kepada Maha Pencipta dan terjauhlah kita dari sifat-sifat tercela. Oleh sebab itu, tujuan melancong kita pelulah jelas di mana selain untuk menenangkan fikiran dan berehat, kita juga ingin menikmati dan seterusnya mensyukuri akan hebatnya ciptaan Allah yang tiada tandingannya. Janganlah kita melancong sekadar ingin berhibur dan bersuka-suka. Malah lebih teruk lagi kita melancong di tempat-tempat maksiat. Keseronokan yang diselaputi maksiat menjadikan aktiviti melancong tersebut haram dan dimurkai Allah.

Allah menciptakan alam ini dengan pelbagai jenis, bentuk dan persekitaran agar manusia dapat melihat, berfikir, mendengar dan meluahkan rasa syukur dan kagum akan ciptaan-Nya. Orang yang beriman akan bertambah imannya setiap kali melihat keindahan dan kelainan ciptaan Allah.

Jaga Akhlak dan Aqidah Kita Semasa Melancong
Firman Allah  yang bermaksud:
“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah  dan hubungan dengan manusia.” (Surah Ali Imran, ayat 112)

Semasa melancong juga kita diseru agar tidak berkelakuan buruk apatah lagi melibatkan diri dalam kehinaan seperti berkelakuan sumbang dan bertentangan dengan ajaran Islam. Malah nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, tolong-menolong dan menjaga kebersihan adalah dituntut sama sekali. Kepentingan ilmu agama sangat penting kepada setiap antara kita dan ilmu ini perlulah sentiasa diperbaharui. Ini kerana ilmu-ilmu berkaitan Islam dapat memandu kita dalam melakukan sesuatu agar tidak bertentangan dengan Islam dan menyelamatkan aqidah kita dari dirosakkan oleh anasir-anasir todak baik.

Jadikan Melancong Sebagai Medium Meningkatkan Ilmu
Kita sedia maklum bahawa menuntut ilmu adalah satu ibadah. Namun kita tidak harus sempitkan pemikiran kita dengan mengaitkan pemerolehan ilmu hanya jika dada seorang guru mengajar dan memerlukan buku-buku. Sebaliknya, ada ilmu yang tidak terdapat di dalam buku tetapi diperoleh melalui pengamatan terhadap alam semulajadi iaitu melalui penerokaan dan pengembaraan.

Mempelajari Sesuatu Yang Baru di Tempat Yang Dilawati
Melancong sepatutnya menjadikan kita belajar atau mengerti akan sesuatu tempat yang kita lawati samada dari segi sosiobudayanya, persekitarannya dan adat-adat di sesuatu tempat. Barulah pelancongan kita itu bermanfaat. Pelancong seharusnya menggunakan kesempatan untuk mencari sesuatu yang baik sebagai tujuan supaya dapat dilakukan atau ditiru di tempat sendiri. Islam menggalakkan umatnya menimba sebanyak pengalaman untuk dimanfaatkan ke arah memperbaiki diri serta kehidupan.

Bak kata pepatah "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan". Jika diambil iktibar daripada kisah-kisah sahabat, Islam berkembang sehingga 1/3 dunia kerana usaha dakwah tidak berlaku setempat sebaliknya mencapah ke seluruh pelosok dunia. Malah kebanyakan para mujahidin Islam tidak meninggal di bumi kelahiran mereka tetapi di tempat lain. Peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W. juga boleh dikaitan dengan pentingnya merantau untuk meningkatkan pengetahuan. Rasulullah pernah menghantar sahabat baginda ke Habsyah dan tempat-tempat lain bagi tujuan meninjau dan mencari peluang untuk Islam bertapak dan berkembang di situ sebelum berhijrah ke Madinah.

Sejarah juga pernah mencatat bagaimana negara Jepun mencapai kemajuan yang pesat hingga kini ialah dengan menghantar rakyat mereka melanjutkan pelajaran ke negara Barat dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di negara asal mereka. Begitu juga bagaimana pedagang-pedagang Arab yang merantau saentero dunia mencari pasaran terbaik untuk mengembangkan perniagaan mereka. Malah jangan kita lupa melalui pengembaraan perdagangan juga Islam disebarkan.

Mengambil Pengajaran Daripada Tempat Yang Dilawati
Melancong juga memberi kesempatan untuk melihat masyarakat sekitar. Melalaui melancong, kita dapat melihat masyarakat yang dirundung kemunduran, perbalahan sesama sendiri dan masalah jenayah yang berlelusa. Apa yang dilihat itu dapat memberi pengajaran untuk melihat dalam diri sendiri. Kita akan berasa bersyukur dapat hidup di negara aman damai ini. Kita perlu insaf mempelajari perkara baru sepanjang pengembaraan. Allah memberi peringatan mengenai setiap apa yang menimpa manusia adalah untuk memberi pengajaran kepada masyarakat muslim lain dan juga merupakan hasil kelalaian manusia mematuhi apa yang ditetapkan ajaran agama. Ringkasnya, melancong ialah sebahagian daripada proses pembelajaran.

Walaubagaimanapun, semuanya terletak pada niat. Hayati hadith Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”. (Bukhari, Muslim)

Jika kita berniat melancong untuk perkara kebaikan, nescaya setiap perbuatan kita akan diberkati oleh Allah S.W.T dan sebaliknya jika kita berniat kepada perkara-perkara keburukan.


Justeru berjalanlah di bumi Allah yang luas. Hukum Melancong Harus dan digalakkan dalam Islam jika niatnya kerana Allah dan jadikan melancong sebagai ibadah. Melancong juga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Melanconglah dan berjalanlah di bumi Allah dan jangan melancong ke tempat2 dengn tujuan maksiat. Selamat bercuti dan melancong bagi yang selalu melancong. Jaga pandangan, jaga akhlak dan pelihara aurat,.. insya Allah pasti ada keberkatan dan keredhaan dan melancong itu sebagai pahala. 



entry autopublish

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Betul tuh.sbnrnye bile melancong nih boleh meningkatkan iman n taqwa kpd Allah...muka mata luas luas dan berfikir sejenak tntg kbsaran Allah.

    BalasPadam

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam
  3. Sejak akhir ini sudah ada satu jenis penyakit merbahaya buat orang Islam iaitu penyakit Gila Melancong, Adakah dakwaan aktiviti melancong menambah keimanan...janganlah menghalalkan cara dengan mereka reka fakta putar alam. Keimananan boleh ditingkatkan tidak perlu sampai kena melancong...Ini semua fitnah akhir zaman. Wanita paling ramai diserang penyakit ini....

    BalasPadam
  4. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. trip percuma ke Bangkok.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^