Ticker

6/recent/ticker-posts

Review Movie: Imposible

Salam Isnin... ada yang monday blues hari ni???

Alhamdulillah... lagi 3 hari aku akan bertukar profession... opss.. nanti aku citer di entry akan datang... Ni aku nak kongsikan satu filem best..yang buatkan emosi aku tersentuh... Filem omputih tajuk Imposible.. 


Filem ni mengisahkan sepasang suami isteri dan 3 orang anak lelaki pergi bercuti di Thailand... Ketika dalam percutian yg penuh romantik tu, tanpa diduga berlaku Tsunami yg dasyat.. Babak Tsunami tu mmg diorg amik yg benar2 berlaku di Thailand pada Disember 2004. 

Memang dasyat bila tengok filem ni... Semua terpisah, kecuali anak lelaki sulung dan ibunya... mereka berdua bertarung nyawa menyelamatkan diri. Anak sulungnya tak cedera, tapi ibunya sangat teruk tercedara masa berguling2 dalam air dibawa arus deras... di belakang pehanya berlubang dan di dadanya terbelah kerana terkena kayu.. memang tragis... 

Anak lelaki dia tadi berusaha menyelamatkan ibunya.. memapah ibunya berehat di dahan pokok bakau... Memang menitik air mata melihat pengorbanan si anak pada ibunya.. ibunya kehilangan banyak darah.. bila dah reda, orang2 kmpung mencari mangsa yg selamat.. dan terjumpa dgn diorg.. org kampung selamatkan dan hantar ke Hospital. 

Tapi, anaknya tak putus asa mencari ayhnya dan dua adiknya lagi.. Aku ringkaskan lah ea... Ibunya sangat tenat dah sebab kehilanagn darah.. dan dalam masa yg sama si anak lelaki sulung mencari adik dan ayah dia.. dan akhirnya diorg berjumpe juga di pekan berhampiran hospital tu.. 

Kesemua mereka selamat dan si ibu pun selamat lepas menjalani pembedahan dan dihantar balik ke Amerika... 

Memang menyentuh hati citer ni.. Memang mustahil la sebab boleh terselamat dalam bencana yg dasyat... yang buatkan aku tersentuh ialah bila lihat ombak besar tu... Ya Allah, mmg kuasa Allah.. dasyat sungguh.. dan juga naluri kasih serta elemen kasih syg yg kukuh dalam keluarga ni menemukan mereka kembali... mmg best tgk citer ni.. sesuai ditonton oleh seisi keluarga... 

Catat Komen

5 Ulasan

  1. filem ni kisah benar ya? dah lama tak tengok wayang..

    BalasPadam
  2. @Mizz Aiza ha.a.. bukan kisah benar, yg bnar tu tsunami je.. dia menceritakan tragisnya mangsa tsunami.. :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum. hehe. nmpk tjuk entry ni trus singgah. :) sy pon tgk movie ni. best. tersentuh sgt. and sy download full movie, dia tulis kt hujung yg it's based on a true story psl family yg survived mase tsunami 2004. ade gambar diorg sekali. so basically the whole story memg real. kuasa Allah. :)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^