GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jangan buang sayur dan buah layu, ada petua nak segarkannya semula

Kita telah sedia maklum bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran kaya khasiat. Pengambilannya secara berkala mampu menjamin tubuh mendapat zat yang sepatutnya.

Namun, ada ketikanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di dapur kurang memuaskan. Jadi, apa yang boleh dilakukan?

Jom ikut petua ini.

Jangan buang sayur dan buah layu, ada petua nak segarkannya semula


Epal

Petua Buah dan Sayur

Setiap kali memotong buah epal, warnanya cepat berubah menjadi kecoklatan seperti sudah tidak elok.

Untuk mengelakkan epal berubah warna dan kekal segar, rendamlah buah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum dihidangkan.

Petua Buah dan Sayur

Cendawan

Cendawan agak sukar dibersihkan. Tetapi, jika pandai, tentu tidak ada masalah.

Cara terbaik untuk membersihkan cendawan ialah dengan mengelapnya menggunakan kain lembap bagi membuang kotoran pada permukaannya.

Kemudian pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kekotoran atau serangga yang tersorok dapat dibuang.

Petua Buah dan Sayur



Tomato

Untuk merangupkan tomato yang telah terlalu ranum dan sedikit lembik, rendamkannya  di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.

Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Hasilnya, tomato akan kembali segar.

Petua Buah dan Sayur

Brokoli

Tahukah anda bawa brokoli yang sudah kuning masih boleh digunakan.

Caranya ialah dengan memasukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang diisi penuh dengan air sejuk. Biarkan selama satu jam.

Brokoli akan kembali hijau dan sedia untuk dimasak. 





Sumber: Majalah PaMa


Nota Ungu: Petua yang sunggup bagus.. lepas ni tak membazir lagi.. Kalau dul tak tahu,terus buang je kalau dah layu.. lepas ni boleh la buat petua-petua ni... :)

12Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ