9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil | Musim cuti sekolah, pasti ramai yang merancang untuk pergi bercuti kan... bagi yang ada anak-anak dan anak kecik, mesti banyak benda nak fikirkan..
Ada beberapa panduan dan tips yang membantu ibu bapa untuk menjadikan percutian itu satu yang menyeronokkan.
Ada beberapa panduan dan tips yang membantu ibu bapa untuk menjadikan percutian itu satu yang menyeronokkan.

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil
Perkara yang perlu difikirkan:1. Pilih Destinasi Yang Sesuai
Pilih destinasi yang sesuai dengan usia anak. Sebagai contoh, jika anak masih kecil, jangan pilih lokasi percutian yang berpotensi untuk menyusahkan seperti percutian di dalam hutan. Seeloknya pilihlah lokasi yang tepat, misalnya yang ada kedai serbaneka bagi memudahkan kita mencari barangan keperluan bayi sekiranya diperlukan.
Macam MF ada anak kecil dari usia 8 tahun hingga 2 tahun, jadi memang cerewet sikit nak cari yang sesuai.
2 Jarak lokasi pilihan
Jangan pilih lokasi percutian yang terlalu jauh kalau ada anak kecik ni, sebab diorang ni mudah rasa bosan dok dalam kereta lelama.
Tapi bagi MF, lokasi percutian kami ialah balik kampung. Jarak antara Kedah dan Johor, makan masa 12 jam perjalanan... Jadi, nak tak nak kena hadap. Cuti sekarang ni, kami akan transit dulu di KL, Selangor atau Negeri Sembilan semalaman, sebelum sambung perjalanan esoknya.
Owhh.. jangan risau, hotel bajet banyak dah sekarang ni... Tak perlu habiskan banyak duit untuk bermalam di hotel sekarang ni.

3. Kemudahan yang disediakan
Ketika memilih destinasi percutian, pastikan tempat tersebut ada menyediakan kemudahan yang ingin digunakan untuk keselesaan anak seperti cerek elektrik atau ‘jug kettle’, bilik air yang dilengkapi dengan alat pemanas air dan katil bayi (jika perlu).
Memang penting kemudahan ni... Jadi, kalau nak tempah hotel tu, hatta hotel bajet sekalipun, pastikan ada keperluan asas tu.
Memang penting kemudahan ni... Jadi, kalau nak tempah hotel tu, hatta hotel bajet sekalipun, pastikan ada keperluan asas tu.
4. Pengangkutan yang akan digunakan
Tapi kalau anak ramai, memang naik kereta lebih sesuai lah.
5. Pakaian
Kalau ada anak kecil, sebaiknya asingkan beg pakaian dia dengan pakaian kita. Anak kecil perlukan pakaian yang lebih dari anak yang dah besar.
6. Barangan keperluan
Sebelum bercuti, buat senarai semak barangan keperluan yang diperlukan seisi keluarga ketika bercuti. Hal ini bagi mengelakkan ada daripada tertinggal barang-barang yang penting untuk anak.Ni memang penting, barang anak dulu yang diutamakan berbanding barang sendiri. Dah siap barang anak, baru setup barang peribadi pula.
7. Ubat-ubatan
Jika anak ada penyakit, pastikan tidak lupa membawa ubat-ubatan yang perlu diambilnya. Dan pastikan juga kuantiti ubat tersebut mencukupi sepanjang tempoh percutian tersebut.
Kalau MF, memang satu beg khas untuk letak segala ubat-ubatan saja. Kiranya macam first aid la... semua ada dalam tu. Termasuk ubat untuk diri kita sendiri. Senang, sebagai rawatan awal jika sakit.
Kalau MF, memang satu beg khas untuk letak segala ubat-ubatan saja. Kiranya macam first aid la... semua ada dalam tu. Termasuk ubat untuk diri kita sendiri. Senang, sebagai rawatan awal jika sakit.
8. Makanan dan minuman
MF memang bawa bekal biasanya bila travel. Bawa dari rumah. Kalau nak beli pun di restoran yang bersih atau makanan yang dibungkus dengan baik.
9. Keselamatan anak
Setiap aktiviti yang ingin dilakukan mestilah yang sesuai untuk anak kecil. Hal ini penting bagi mengelakkan terjadinya kemalangan. Selain itu, bagi anak-anak yang sudah agak besar, beri dia beg galas untuk dimasukkan barangan kegemarannya. Di dalam beg itu juga letakkan bersama nombor telefon ibu dan ayah supaya dapat dihubungi segera jika dia tersesat.
Tapi MF tak pernah biarkan anak jalan sendiri tanpa pengawasan dari kami. Bahayakan zaman sekarang ni.
Tapi MF tak pernah biarkan anak jalan sendiri tanpa pengawasan dari kami. Bahayakan zaman sekarang ni.
Info tambahan:
- Bawa bersama mainan kegemaran anak dan buku cerita untuk menghilangkan rasa bosannya di sepanjang perjalanan kelak.
- Pastikan anda sentiasa membawa bekalan ‘tisu basah’ di dalam beg untuk menjaga kebersihan anak sepanjang masa.
- Pastikan makanan yang diberikan kepada anak ketika bercuti sentiasa bersih bagi mengelakkan keracunan makanan yang akhirnya akan merosakkan percutian anda seisi keluarga.
- Jangan membawa terlalu banyak barang kerana semua ini akan menyusahkan anda untuk mengangkatnya.
- Gunakan masa cuti itu untuk bermesra dan bergembira dengan seisi keluarga. Lupakan semua masalah. Dengan cara ini, walaupun destinasi percutian anda dekat sahaja dengan rumah, ia akan menjadi percutian yang cukup bermakna dan dihargai.
5 Ulasan
good sharing.. =)
BalasPadam*tetiba terasa teruja nak bercuti ngan anak sndiri* haha
Hajat hati memang nak melancong tapi ada anak kecil, susah sikit nak manage.
BalasPadamKita travel dekat2 je la. Melaka ni pun tak habis pusing lagi. Hihihi.
Thanks for the tips.
kalau nak selesa semasa berjalan mmg kena buat semua tips ni
BalasPadamminggu depan kami join rombongan naik bas. pertama kali bawak anak2, harap2 dipermudahkan lah segala urusan. hehe
BalasPadamTips ni kena hadap jugaklah nak buat sebab kalau anak meragam kita juga yang kena handle :D tip lain Shai buat adalah sediakan satu laminate kertas untuk anak nak melukis conteng ke apa, biar dia ralit dgn aktiviti tu waktu perjalanan http://mommylotte.com/2019/11/25/melatih-anak-menulis-dengan-kertas-laminate/
BalasPadamKata-katamu, inspirasi blog ku...
EmojiSyukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^