div id='header-inner'>

Tak Kenal Maka Tak Benci

Bila ditanya, siapa musuh utama kita, pasti yang jawab syaitan kan... 
Bila ditanya, dalam banyak, siapa yang paling dibenci???
Pasti jawab, SYAITAN dan IBLIS kan... Tapi sejauh mana kita kenal dengan syaitan, bila kita kenal maka baru lah kita betul2 benci.. JOm kenali syaitan, supaya kita betul2 benci lepas ni...


Iblis: 
  1. Ketua kepada semua syaitan-syaitan
  2. Merupakan satu makhluk yg dicipta dari Api dari bangsa Jin.
  3. Dilaknat Allah hingga kiamat kerana keingkaran sujud kepada Adam a.s.
Tabiat Syaitan:
  1. Pemarah (surah al-Baqarah, ayat 34) : Sebab tu jika nak marah, ingatlah ianya adalah dari syaitan
  2. Benci kepada zikir Allah : jika kita bencikan syaitan, kita buat apa yg syaitan benci, maka berzikirlah
  3. Sombong dan takbur : jangan sombong dan takbur bila dapat sst kurniaan dan nikmat
  4. Suka membazir dan kufur (surah al-Israk ayat 26-27) : sebab tu, Nabi s.a.w mengingatkan jangan membazir wlaupun ketika berwuduk
  5. Gemarkan arak, judi dan tilik nasib (surah al-Maidah, ayat 90) : jika benci syaitan jangan buat...
  6. Pengotor : org yang bencikan syaitan akan, jaga kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.. termasuk tempat awam... 
  7. Suka memungkiri janji (surah Ibrahim, ayat 22) : jangan mungkir janji sebab salah satu juga sifat org munafik
  8. Suka sebarkan fitnah (surah al-Baqarah, ayat 102) : Yang ni selalu sgt org buat, tambah-tambah zaman moden,,, kat FB, jangan share sst info jika kita tahu hakikatnya..
  9. Suka mengapikan musuh (surah yusuf, ayat 100) : mengadu domba dan jadi macam "Mami Jarum"
  10. Pandai mengambil kesempatan : biasa kalau dalam rumahtangga  kan.. mulanya merajuk manja, dari merajuk boleh jadi gaduh sebab syaitan amik kesempatan.
  11. Berurusan dengan tangan kiri : Nabi s.a.w suruh utamakan tangan kanan dalam setiap urusan.
  12. Gopoh dan gelojoh : kalut je... tak menyempat-nyempat dalam segala hal... tu perangai syaitan la tu..
  13. Suka merayau waktu maghrib : Sebab tu, org2 tua suruh dok dalam rumah bila maghrib... tapi zaman skrg dah tak kisah kan... 
Senjata bagi menghadapi Serangan Syaitan
  1. Sentiasa menambah ilmu pengetahuan
  2. Menutup segala ruang munculnya fitnah
  3. Sentiasa menyanggah serta menentang syaitan
  4. Sentiasa bersama jemaah muslim
  5. Berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah
  6. Sikap waspada terhadap syaitan
  7. Memohon perlindungan dengan Allah
  8. Sentiasa mengingati Allah (zikrullah)
  9. mengenalpasti semua strategi syaitan
  10. sentiasa taubat dan istghfar.
banyak ayt al-Quran mnceritakan tentang sumpah Iblis dan syaitan kpada Allah utk menghasut manusia walau dengan apa cara sekalipun... semua info diatas diringkaskan... untuk bacaan detail dan teliti, boleh bca dr buku "Ayat-ayat Syaitan" karangan Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz... moga bermanfaat utk semua...dan moga lepas kita boleh benci sebenci-bencinya... 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. i hate u Syaitannnn....benci!benci!benci!Jom serang Syaitan...buat baik banyak2..baca Quran banyak2....

    BalasPadam
  2. a`aa kan. yang last tu kalau kt kampung.. pasar malam sekjap je.. tp kalau kat kl pasar malam ke main ramai org..nak2 time maghrib..

    moga dijauhkan..

    BalasPadam
  3. a`aa kan. yang last tu kalau kt kampung.. pasar malam sekjap je.. tp kalau kat kl pasar malam ke main ramai org..nak2 time maghrib..

    moga dijauhkan..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)