div id='header-inner'>

3 Perkara Yang Perlu Disegerakan

Pernah jumpe dengan org yang kelam kabut tak??? Semuanya nak cepat.. letihkan kalau bekerja dengan majikan macam ni dan buat kerja dengan org macam ni... semua nak cepat dan kelam kabut. Biasa yang aku terjumpe ialah org yang kelam kabut ketika memandu... haisshhh... memang membahayakan diri sendiri dan org lain... 

Jom hayati sabda Nabi s.a.w ni.. pasal segera dan ada perkara yang perlu kita kalut kan... 

ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا : الصَّلَاةُ إِذَا أَتَتْ ، وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ ، وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا

Ertinya : Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya. (Riwayat At-Tirmizi )

Menurut Hadis ni, 3 perkara yang perlu kita segerakan... 

1. Solat
Perlu segera solat apabila masuk waktu, tinggalkan segala hal yang penting kecuali hal yang memang tak boleh dielakkan... 

2. Pengurusan Jenazah
Apabila berlaku kematian, cepat2 hebahkan dan berusaha untuk sempurnakan sesegera mungkin... Jangan nak simpan sampai berhari-hari baru nak kebumikan... Nabi s.a.w suruh segerakan... 

3. Kahwinkan Anak Gadis
Ini peringatan untuk ibu bapa yang ada anak dara... Perlu segera carikan jodoh yang baik2 atau jika ada org yang sesuai masuk meminang segera kahwinkan. Jangan bertunang lama-lama... Segera kahwinkan... 

Tiga perkara ni yang Nabi s.a.w suruh kita kalutkan.. Yang lain-lain tak yah nak kalut-kalut sangat... Kadang-kadang kita sanggup lambatkan solat sebab nak siapkan kerja yg 'urgent', tugasan yang ada, assignment yang nak dihantar... Padahal Allah dah memanggil kita... hmmm.. 

Renung-renungkan dan selamat beramal... Muhasabah diri dan peringatan untuk diri sendiri juga... 

Catat Komen

0 Ulasan