GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

"Sudah Baligh Belum Mumayyiz"

salam malam Jumaat... 
Sape2 yg tengok tv9 malam ni, tahu la tajuk entry aku malam ni nih.. Malam ni layan dua rancangan ilmu kegemaran aku dan suami.. Tapi suami dah lama lena sebab sakit kepala, maka ku layan la tv sorang2... Mula2 layan TV1, tengok ustz Kazim.. hehe.. best plak ustaz malam ni, lebih santai la sikit ceramah dia malam ni.. tajuk "Tiket ke syurga".. habis je Forum Perdana, layan TV9 plak.. tengok semanis kurma..

Mula2 macam tak faham, tapi baca sikit sinopsis tentang tajuk tu baru faham.. rupanya tajuk yg membicarakan tentang, pasangan yg dah berkahwin, tapi masih tak berubah sikap sebelum kahwinnya tu.. Hee.. macam best kan.. Sebenarnya bila dah kahwin, automatik kehidupan kita kena berubah..sebab tu dok tengok ada je yg dah khwin bertahun2 tapi perangai dok gtu gak.. 

Kalau aku dan suami de gak perangai yg tak berubah iaitu merajuk.. haha.. normal la tu kan.. Ok, tak nak citer bab tu.. tapi minat suamiku yg mmg dr zaman dia bujang smp dah anak satu tak berubah, iaitu minat pasal kete... hadoii.. kalau isteri yg faham memang bengang juga ooo.. macam aku dulu mula2 memang bebel juga la.. rasa membazir je.. tapi kerana minat tu kereta dia tahan lama dan tak pernah lagi rosak... Alhamdulillah.. mmg dia jaga betul. 

Dan kerana minat juga, kami ada bisnes sendiri.. minat kami bergabung... aku pandai design dan dia minat solek kete.. so, dari situ jadi rezeki part time kami.. Alhamdulillah.. Aku tak marah minat dia, tapi aku sokong sebab perkara tu xde salahnya... dan selagi minat tu lagha dan sia2 yg smp boleh melupakan Allah aku sokong je... Aku juga belajar banyak perkara pasal kete.. macam mana nak jaga enjin.. tayar, starter, rim dan mcam2 lagi.. Lama2 minat tu jadi sebati dah dgn hidupku.. kadang2 kami bertukar2 pendapat utk make up kete dan tukar rim.. 

So, selagi minat tu tak menyalahi etika lepas kahwin, teruskan.. suami ku juga faham dia dah kahwin, so xde lah dia nak lepak dgn kengkawan dia lagi.. kalau nak kuar juga jumpe geng2 kete dia, biasa mmg dia angkut anak bini sekali... kan senang macam tu, xde nak rasa curiga dan cemburu kan... 

Ok lah.. cukup lah pasal tu.. aku nak kongsi sikit input dari bicara semanis kurma tu tadi.. kalau nak dengar sendiri boleh tengok kat Tonton.com.my... 

5 Proses dalam rumahtangga :-
  1. Kenal - proses permulaan lepas kahwin, iaitu kenal pasangan dr segenap aspek
  2. Tahu - tahu segala perangai, suka tak suka, kelakuan, baik dan buruk pasangan.
  3. Faham - memahami pasangan. dari segi kerjaya, kelakuan perangai, sikap dan tingkah laku
  4. Sesuaikan diri - Menyesuaikan diri dengan pasangan.. apa yg boleh dan tak boleh antara psgn.
  5. Serasi - bila dan sesuai dgn diri, akan timbul keserasian.. saling lengkap melengkapi.. 
5 Perkara yang suami tak suka terhadap isteri :-
  1. Cemburu buta - cakap dengan cleaner kat tempat kerja pun mengamuk sakan..
  2. Control suami - lemas perut suami yg kena control... 
  3. Minta yang bukan-bukan - meminta2 melebihi kemampuan suami... 
  4. Suka membebel - jangan terlalu membebel.
  5. Selekeh - berkemban je.. bau masam bila suami balik keje... 
6 Perkara yang isteri tak suka terhadap suami :-
  1. Marah-marah - yang ni mmg mana2 isteri tak akan suka sikap ni.
  2. Serius sangat - tak reti wat lawak dan bergurau langsung.. masam je memanjang.. 
  3. Tak fokus bila isteri cakap - haha.. yg ni memang sy pun tak suka... tapi lelaki kalau wat keje mmg x pduli isteri ckp pe..
  4. Comot - selekeh je depan isteri..
  5. Buli isteri - semua kerja rumah isteri buat.. macam hamba je layan isteri.
  6. Lupa tarikh2 penting - yang ni pun boleh jadi isu naik mahkamah kot.. tapi jgn la lupa, kalau tahu suami jenis pelupa, set reminder dlm handphone suami ea.. 
Tips suami isteri :-
  • Kasih syang kerana Allah
  • Jujur - berbincang dan berterus terang dlm setiap perkara
  • Bertolak ansur dalam setiap perkara termasuk emosi, kerja dan pendapatan.
  • Memaafkan - mudah meminta maaf dan memaafkan apabila salah faham dan merajuk.
  • Jangan berdendam - jangan berdendam dan mengungkit. Yang lalu adalah sejarah silam.. biarkan berlalu.. 
  • Melaksanakan tanggungjawab dalam mencari redha Allah dan semata-mata krn Allah.
  • Amalkan surah al-Kahfi ayat 10 dan ayat 39.
  • Elakkan memendam rasa - luahkan rasa sekali sekala dgn apa cara sekali pun tapi dengan penuh hemah.
  • Bersedia untuk berubah - perubahan dan penghijrahan memerlukn pengorbanan. 
p/s: saja kongsikan di blog untuk bacaan semua dan panduan semua termsuk penulis juga.. moga bermanfaat utk semua.. wassalam.. 

0Ulasan