GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kejayaan Utama dalam Penyusuan Susu Ibu

Masih bulat mata, tanda belum mengantuk... baru lepas selesaikan sikit kerja2 rumah sambil layan tenet ni, tetiba si Faiqah lak bangun... merengek nak mengempeng... bila dah mengempeng memang mencabar... hmm.. apa tak nya, memang tak leh gerak ke mana lah lau dia mengempeng... melekat je lah keje nye... 


Sumber gambar: Google images

Tapi sebenarnya, aku nak kongsikan, dalam perjuangan nak menyusukan anak sepenuhnya, banyak sangat cabaran dan halangan untuk menyusukan anak genap 2 tahun... setiap stage atau peringkat umur anak yang menysu tu, pasti de saja cabarannya... antaranya yang pernah ku hadapi dari umur Faiqah sehari hingga kini (1 tahun 4 bulan)

1. Bengkak Susu
Yang ni memang semua org akan hadapi, nak tak nak tahan je lah sakitnya.. ada tu smpai tak tahan sangat badan boleh demam dan sakit sendiri2... memang sakit... dan terasa sakitnya.. janganlah nak main2 kalau dah rasa sikit2 tu, cepat2 pump dan tuam dengan air panas... 

2. Nipple Crack
Yang ni, memang aku sndiri alami, beberapa kali sepajang setahun lebih aku menyuskan Faiqah... gara2 Faiqah memang kuat menyusu dari kecik smpai sekrang... tambah2 sekarang ni, dengan cara dan aksi menyusu yang pelbagai ragam... hadoiii... memang tak dapat nak di elakkan lah... 

3. Susu Drop
Cabaran ni pernah gak hadapi tapi dipulihkan kembali dengan positif thinking dan self confident... memang kena yakin dan kuatkan semangat

4. Mengempeng
Bila dah masuk usia setahun, ni lah cabaran yang menguji kesabaran aku... Memang kna saborrr banyak2... Bila dah mengempeng, tak leh nak wat ape dah.. tmabh2 malam lah, kadang2 disebabkan dia kuat sangat mengempeng, aku tertido gak sekali dgn Faiqah, sudahnya kerja aku tak siap2... sabor je lah... 

5. Lapar
Ni cabaran paling kuat dalam penysuan susu ibu... kadang2 naik lenguh gak mulut nak mengunyah tapi sebab perut asyik laporr.. je, nak tak nak, makan juga... bagi aku yang memang susah nak naik berat dan senang nak trun ni, idak lerr..kisah sangat pasal berat naik ke hape kan... tapi bagi yang metabolisme rendah, memang ni cabaran terhebat... 

Ok, sebenarnya ni baru sikit la cabaran yg aku senaraikan, tapi ni yang popular lah... tapi ini CABARAN BUKAN HALANGAN... kerana bila sebut cabran, pasti dengan SEMANGAT YANG KUAT akan terus berjaya juga... memang aku cakap, semangat dan yakin tu faktor utama yang perlu disertai doa dan usaha... Kalau lemah semangat, mudah putus asa, kena cabar sikit dah give up... memang diri akan beralasanlah...sebab semangat xde... Mcam aku sndiri, faiqah kuat ngempeng kan... aku sbar2 dan sabr je... kena kuatkan smngt ku sndri... demi nak capai target penyusuan cukup 2 tahun seperti yang dianjurkn dalam ISLAM... so, bagi ibu2 yang nak menysuskan anak, dah set minda nak menyusukan anak 2 tahun, pertama kuat semanagt dan yakin, pastu doa dan usahalah... kalau makan apa2 produk itu ini, beli pump mahal, tapi semangat dan keyakinan xde, minta maaf cakp, memang tak ke mana... so, semangat mesti mau kuat ok... 

Semoga Allah terus beri aku kekuatan utk menyusu Faiqah smpai 2 tahun... ameen... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ