GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK KITA !


✔ TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI.
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

✔ TERLEBIH MAKAN.
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan darah pdialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini akan menyebabkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

✔ MEROKOK
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

✔ MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN.
Gula yang berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak yang sihat.

✔ MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR BERLEBIHAN.
Otak merupakan pengguna oksigen yang terbesar didalam badan manusia. Menghidu udara yang tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

✔ TIDUR YANG BERLEBIHAN.
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya fikiran seseorang.

✔ TIDUR DENGAN MENUTUP MATA.
Tidur sambil meniarap dan menetup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disebut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

✔ KURANG BERIMAGINASI.
Berfikir adalah satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi akan menyebabkan tahap kecerdasan otak kita menurun.

✔ JARANG BERFIKIR.
Jarang berfikir akan meneybabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

✔ TIDAK MEMBACA AL-QURAN.
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah ALLAH SWT. Membacanya akan memberikan banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca AL-Quran otak kita akan menjadi dungu dan dangkal.

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ