GuidePedia

1
Ramai yang tertanya2, boleh ke bg anak puting tiruan atau puting kosong??? Aku sendiri memilih utk bg puting tiruan untuk Faiqah.. 


Aku da baca artikel kat internet... pasal puting tiruan ni, ada pro dan kontra pasal ni.. Kebaikannya puting tiruan ni, dapat menenangkan bayi, lau nangis2 boleh kita sumbat je puting, diam lah dia dan kita pun boleh buat kerja kan.. Tapi jika kecik2 bagi puting ni, ada bagusnya juga iaitu ia mnguatkan daya hisapan susu badan..sebab puting tu kosong, dan baby akan hisap dgn kuat.. lau kuat daya hisapan, lagi banyak susu badan terhasil... tapi ni sebahagian kebaikannya, aku nak kongsikan keburukannya... 
Gambar sumbangan pak cik gugel.. :)

Keburukan penggunaan puting 

• Infeksi telinga meningkat 
Ada kaitan yang terbukti mengenai penggunaan puting untuk jangka masa panjang dan infeksi telinga tengah. Adalah disangkakan bahawa menghisap puting kosong menambah kemungkinan infeksi berpindah dari mulut ke tiub Eustachia (saluran berisi udara yang menyambungkan telinga tengah dengan bahagian belakang tekak). Hadkan penggunaan puting untuk tidur sahaja, untuk mengelakkan masalah seperti ini. 

• Kaitan dengan infeksi perut dan lain-lain 
Puting kosong telah dikaitkan dengan risiko tinggi mendapat simptom seperti muntah-muntah, demam, diarea (cirit-birit) dan kolik. 

• Penggunaan puting kosong secara jangka panjang menyebabkan masalah gigi 
Ramai doktor gigi tidak menggalakkan penggunaan puting kosong atau menghisap jari sebab kedua-duanya boleh menyebabkan beberapa masalah apabila gigi tumbuh dan keluar, terutama sekali jika bayi masih menggunakan puting sebagai penenang semasa gigi kekal mereka sedang menembus keluar. 

• Masalah pertuturan 
Penggunaan puting kosong tidak membolehkan bayi membebel, yang merupakan langkah penting dalam mereka belajar bertutur, dan juga tidak menggalakkan bayi bertatih berceloteh, yang diperlukan mereka untuk membina kemahiran bahasa. 

• Menggunakan puting kosong secara harian mengganggu penyusuan badan 
Ada bukti kuat bahawa wanita yang menggunakan puting kosong lebih cenderung untuk mencerai susu lebih awal daripada ibu-ibu yang menyusu badan yang tidak menggunakan puting kosong secara harian. Penggunaan puting kosong telah dikaitkan dengan masa yang lebih singkat bagi penyusuan badan secara ekslusif dan juga kekurangan susu semasa bayi berusia satu bulan.

Kesimpulannya, terpulang kepada ibu ayah bayi tu lah.. pilihan di tangan anda.. terpulang.. nak bgi boleh tak nak pun tak pa.. bukan smpai jatuh hukum haram atau wajib pun.. hukumnya harus saja.. 

Boleh baca artikel penuh KAT SINI
Thanks for reading: Puting Tiruan untuk Bayi.. boleh ke tak???

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top